Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Makanan Yang Baik Untuk Pembesaran Anak

               Seperti kita sedia maklum, makanan adalah keperluan yang membantu memenuhi keperluan fitrah manusia iaitu fizikal. Peranan makanan yang sihat juga membantu tumbesaran anak anda. Ia memainkan peranan yang sangat penting juga terhadap mental dan emosi seseorang.                 Anak yang dijaga waktu makan dan setiap pemakaiannya boleh memberi impak yang sangat baik kepada fizikal, mental dan emosi seseorang. Teknik pemakanan yang baik juga menguatkan rohani seseorang. Ini memudahkan proses beribadah dengan baik tanpa sebarang masalah kesihatan dan sebagainya. Makanan yang hebat juga turut membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan meransang pertumbuhan sel-sel otak. Hal ini akan menyumbang kepada fizikal yang lebih sihat. 1.   Bijirin Penuh Otak memberi peranan yang sangat besar kepada kita. Penggunaan ot...

Kopiah Vs Telekung

                Kopiah dan telekung? Dua pakaian yang sangat berbeza. Kopiah untuk si comel lelaki dan telekung untuk si Comel perempuan. Anak lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan personaliti yang sangat ketara. Malahan, tahap perkembangan anak lelaki dan perempuan juga sangat berbeza.  Hal ini anda boleh lihat sejak anak-anak ini kecil lagi.                 Menurut beberapa kajian dan pengalamn para ibu bapa, anak lelaki lebih lasak berbanding anak perempuan. Ini kerana sudah pasti perbezaan jantina adalah penyebab anak-anak ini berbeza dari segi aktiviti dan kekuatan mereka. Ibu bapa juga memain peranan dalam mendidik anak lelaki supaya menjadi lelaki yang boleh menjadi seorang pemimpin. Latih anak lelaki anda dengan pemakaian lelaki, pekerjaan lelaki dan perbuatan seorang lelaki. Begitu juga dengan anak perempuan and...

Anak Dan Rezeki

                Setiap manusia telah dijanjikan rezeki masing-masing. Hal ini telah diberi tahu dalam Al-quran betapa pentingnya percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan. Kita juga perlu percaya bahawa rezeki yang datang sememangnya berbeza-beza. Oleh itu jangan dibanding kelebihan anak-anak kita. Mereka juga mempunyai rezeki yang berbeza.                 Pasti ada antara kita yang mempunyai anak yang ramai. Mereka mempunyai kepintaran yang berbeza-beza. Oleh itu, janganlah kita beza-bezakan mereka dengan kemampuan dan kepintaran mereka. Mempunyai anak yang pintar dan cemerlang dalam peljaar adalah rezeki yang tak ternilai buat semua ibu bapa. Kadang kala ia Nampak seperti ukuran kejayaan ibu bapa mereka mendidik anak itu.                 Namun, anak ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Doa ibu Tiada Hijab Untuk Anak

              Mutakhir ini banyak kisah-kisah derhaka kepada ibu dikongsi didalam facebook. Kisah teladan yang mungkin kisah benar atau hanya direka sahaja kita sendiri tidak pasti. Pastinya, menderhakai ibu bapa itu memang sesuai perbuatan berdosa besar dan boleh membawa kemurkaan daripada Allah SWT.                 Kisah ibu marah kepada anak dan mendoakan perkara-perkara yang tidak baik untuk anak juga sudah mula dikongsikan bersama. Kisah seperti untuk sungguh layak dijadikan ikhtibar. Namun, sangat dikhuatiri jika mula dijadikan contoh setelah marah ibu lain tidak reda dek kedegilan anak mereka. Maka, sebagai ibu terutamanya sentiasa ambil perhatian yang lebih tentang situasi ini.                 Tiada ibu yang tidak menyayangi anak mereka sendiri. Walau seburuk mana sikap si anak ...

Terapkan Anak Mencintai Ilmu

Menuntut ilmu merupakan sebuah perjuangan yang tiada kesudahannya. Hal ini telah dbuktikan dengan kisah dan tauladan semua ilmuwan pada zaman dahulu. Ilmu akan menjadikan seseorang itu lebih disegani dan dihormati berbanding dengan mereka yang tidak berilmu.Ilmu juga penting untuk anak-anak di zama siber ini. Anak-anak perlu didedahkan dengan ilmu yang bersesuaian menyikut peredaran zaman. Rata-rata anak kecil hari ini telah dihantar ke sekolah sejak berumur 5 tahun. Kepentingan ilmu terhadap anak kecil pada masa ini sangat dititikberatkan oleh semua ibu bapa. Pada peringkat awal usia, anak kecil lebih didedahkan pada huruf dan nombor. Kemudian ejaan dalam setiap bacaan. Pada permulaan sesi pembelajaran anak kecil lebih mudah menghafal dari terus membaca. Anak kecil sangat mudah mengingati terutamanya pembelajaran yang diajar diulang berkali-kali setiap hari. Pepatah melayu pernah berkata “ Anak kecil bagaikan kain putih, Kita yang mencorak mereka”.  Maka segala corak yang aka...

Asas Utama Perkembangan Seorang Kanak-Kanak

             Kehadiran anak  menambah seri rumah tangga yang telah dibina. Oleh sebab itu semua pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga tidak sabar menanti kehadiran cahaya hati yang akan menyerikan kehidupan mereka. Jadi, ibu bapa masa kini sangat mengambil berat mengenai perkembangan anak-anak mereka.                 Isu perkembangan anak bukan hanya dilihat selepas ibu melahirkan sahaja. Malahan, sewaktu anak masih di dalam kandungan ibu lagi, semua nasihat dan pantang larang diikuti demi perkembangan bayi dalam keadaan baik dan sihat. Ini membuktikan lagi betapa ibu bapa sentiasa mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka walau dalam apa keadaan sekali pun.                 Seperti kata pepatah orang tua “ Anak yang baru lahir seperti kain putih kita yang mencoraknya”. Perke...