Kita rasa dah cukup alim update usai solat dhuha, hakikatnya orang lain kejar yang wajib subuh awal waktu bukan subuh gajah macam kita. Kita nampak dia isteri kasar cakap dengan suami dia, padahal orang itu layan suami kat rumah macam raja,ubat gigi untuk suami pun dah tersedia. Kita anggap diri dah dermawan hulur seringgit di musalla, hakikatnya yang miskin lagi pemurah sedekah fatihah untuk semua muslimin dalam setiap doa. Kita tengok dia selekeh bekira dalam bab berbelanja, hakikatnya dia menahan kemahuan diri demi membayar hutang bank rumah dan kereta. Kita mengumpat orang tu sidai baju bila matahari sudah di atas kepala, sedangkan orang itu malamnya berjaga baby menangis tidur tak lena. Kita rasa tinggi ilmu berbanding dia bila hadir ceramah agama, hakikatnya orang itu ada anak kecil perlu dijaga menonton ceramah di alam maya. Kita rasa pangkat dan jawatan kita lebih tinggi berb...