Setiap orang mempunyai kisah silam yang mereka lalui sendiri. Tiada manusia yang kehidupannya sempurna di muka bumi. Dan tiada satu pun di kalangan kita yang ingin berpatah balik di zaman kegelapan yang kita harungi. Kita sering dengar pepatah mengatakan yang kita belajar dari pengalaman . Betul. Kerana pengalaman membuat kita untuk tidak melakukan kesalahan yang berulang.Dan pengalaman lah yang membuatkan kita lebih matang. Contohnya apabila anda bawa kereta, satu hari jalan simpang ke rumah anda berlubang, berdetum bunyi kereta anda dek kerana lubang tersebut. Keesokan hari bila anda mahu melalui lagi jalan itu sudah tentu anda akan mengelak bukan? Kerana anda masih ingat bagaimana teruk nya bunyi kereta anda apabila mencecah lubang. Ini yang dimaksudkan dengan pengalaman . Anda tidak lagi membuat kesalahan berulang. Begitulah juga dalam kehidupan seharian. Kekadang orang itu sedaya upaya cuba untuk berhijrah meninggalkan kisah silam. Tapi orang sekel...