Skip to main content

Anak Dan Rezeki


                Setiap manusia telah dijanjikan rezeki masing-masing. Hal ini telah diberi tahu dalam Al-quran betapa pentingnya percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan. Kita juga perlu percaya bahawa rezeki yang datang sememangnya berbeza-beza. Oleh itu jangan dibanding kelebihan anak-anak kita. Mereka juga mempunyai rezeki yang berbeza.

                Pasti ada antara kita yang mempunyai anak yang ramai. Mereka mempunyai kepintaran yang berbeza-beza. Oleh itu, janganlah kita beza-bezakan mereka dengan kemampuan dan kepintaran mereka. Mempunyai anak yang pintar dan cemerlang dalam peljaar adalah rezeki yang tak ternilai buat semua ibu bapa. Kadang kala ia Nampak seperti ukuran kejayaan ibu bapa mereka mendidik anak itu.

                Namun, anak yang kurang cemerlang juga mempunyai kemampuan yang tersendiri dalam diri mereka. Kita sebagai ibu bapa perlulah mencungkil bakat dan kemampuan mereka yang mengilap bakat untuk menjadi lebih baik dan hebat. Percayalah mereka punya rezeki yang berbeza dari anak yang cemerlang tadi. Anak ini akan membesar dengan bakat dan kemampuan yang mereka ada. Anak ini perlu diberi perhatian lebih sedikit tentang pelajaran mereka agar tidak terus ketinggalan walaupun tidak begitu cemerlang.

                Sering kali kita lupa setiap anak-anak mepunyai rezeki mereka masing-masing dari kita sebagai ibu bapa hanya berkongsi rezeki dengan mereka. Anak-anak yang baik budi pekertinya juga adalah rezeki yang tidak ternilai buat ibu bapa.


Ciri-ciri Anak Pembawa Rezeki

1.       Cinta Pada Allah dan Rasul

Anak yang dididik menintai Allah dan RasulNya. Meninggalkan segala yang dilarang dan melakukan segala suruhan Allah adalah anak yang membawa rezeki dan rahmat terbesar buat ibu bapa. Anak ini mudah menerima ajaran islam apabila diajar. Mereka mempunyai hati yang lembut dan mudah dibawa berbincang.

2.       Suka membaca Al-Quran

Sungguh beruntung mendapat anak yang suka membaca Al-Quran. InsyaAllah anak ini akan membesar menjadi anak yang baik dan meencintai Al-Quran.

3.       Suka berbuat baik

Anak yang membawa rezeki suka melakukan perkara-perkara yang baik. Sebagai contoh, solat, puasa, zakat dan berbuat baik kepada orang lain. Anak ini mudah membawa rezeki bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga buat ibu bapanya.


4.       Berbakti kepada Ibu bapa

Anak yang menempatkan orang tuanya di tempat paling atas. Anak seperti ini tahu yang mereka tidak dapat menjaga dan membalas jasa ibu bapa mereka. Maka, mereka sangat menghormati ibu bapa mereka walaupun ibu bapa mereka mungkin mempunyai pendapat yang berbeza dengan mereka atau lebih dasyat lagi mempunyai pegangan agam yang berbeza dengan mereka. Namun, perasaan hormat anak ini terhadap ibu bapa mereka tidak pernah kurang walau sedikit.

5.       Gemar menuntu ilmu yang bermanfaat

Anak ini gemar menuntut ilmu bukan sahaja ilmu agama, ilmu sosial dan pelbagai lagi ilmu lain. Anak yang gemar menuntut ilmu ini tidak semestinya cemerlang dalam pelajaran sahaja. Anak ini akan cemerlang dalam hidupnya. Ini kerana, anak seperti ini suka bergaul dengan ramai orang sama ada ketika melakukan aktiviti sukan dan kelab-kelab remaja.

6.       Mampu mengingatkan orang tuanya.

Selalunya ibu bapa yangmengingati anak mereka suka tidak melakukan dosa. Namun, kita sedia maklum ibu bapa juga manusia biasa yang melakukan dosa. Maka anak yang baik selalu membawa rezeki aadalah anak yang menegur kesalahan ibu bapa mereka secara berhemah supaya tidak terus melakukan kesalahan atau dosa yang berterusan. Cinta anak ini kepada ibubapa mereka sangat tidak dan mereka tidak mahu ibu bapa mereka terjerumus ke lembah neraka.

7.       Sentiasa minta doa dan restu

Anak seperti ini akan terus meminta restu kepada ibu bapa mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka akan meminta doa dan restu ibu bapa mereka walaupun mereka sudah dewasa lebih lagi setelah mereka kahwin nanti. Anak ini tidak pernah membelakangkan ibu bapa mereka dalam setiap hal yang mereka lakukan. Setiap keputusan yang penting mereka sentiasa meminta pendapat dan dorongan daripada ibu bapa mereka.

8.       Tak pernah lupa mendoakan orang tuanya

Mendoakan ibu bapa adalah contoh terbaik untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak ini tidak pernah lupa mendoakan ibu bapa mereka walau dalam apa keeadaan sekalipun. Ini kerana, mereka sangat percaya bahawasanya Allah akan menjaga dan memberi tempat tertinggi kepada ibu bapanya yang sudah banyak bersusah payah membesarnya dirinya. Anak seperti ini sangat jarang ditemui. Namun, anak ini sebenarnya sedang membawa rahmat dan rezeki yang sangat besar buat keluarga mereka.

9.       Selalu menceriakan hati orang tuanya.

Anak yang baik bukan sahaja tidak pernah melawandengan ibu bapa mereka. Anak seperti ini juga selalu menceriakan hati ibu bapa meeka. Anak tidak melakukan perkara yang tiak disukai oleh ibu bapa mereka sangatlah mudah mendapat rahmat dan rezeki dari Allah. Ini kerana, anak ini faham benar dengan konsep islam iaitu ‘Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa’. Maka anak ini akan sentiasa melakukan perkara yang baik dan boleh membuat ibu bapa mereka seronok dan gembira dengan sikapnya.
                                                           
                Sebenarnya, semua anak pembawa reezeki tetapi seperti yang saya katakana dari awal tadi anak yang membawa rezeki bukan sahaja anak yang cemerlang dalam pelajaran mereka. Anak yang Berjaya dalam bidang masing-masing juga ada pembawa rezeki mereka kepada kita. Didikan utama adalah datang dari ibu bapa sendiri. Ibu bapa sebagai contoh utama anak-anak mereka. Maka, baik layanan kita terhadap ibu bapa kita maka baiklah layanan anak kita terhadap kita.
                Anak yang baik sentiasa berapa di sisi ibu bapa mereka walau apa sahaja keadaan mereka. Anak ini tidak lokek berkongsi rezeki dengan ibu bapa mereka dan sentiasa bercakap dengan perkara-perkara yang boleh menyenangkan ibu bapa mereka. Oleh itu, kita sentiasa percaya anak yang baik adalah anak pembawa rezeki kepada kita. Anak yang baik adalah dari hasil dididikan yang baik. Anak yang baik juga anak anak yang setiasa dipertunjukkan contoh yang baik dari ibu bapa yang baik juga.
Sekian,

Wasalam.

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...