Salam. Hari ini penulis nak berkongsi tip bawa anak kecil masuk panggung wayang. Penulis pernah cuba dua kali setakat ini alhamdulilah Berjaya melepasi halangan ini. Hihihi. Kalau tak silap penulis kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma dan tak perlu beli tiket. Dah jimat disitu. Yelah mereka pun kecil lagi belum nak faham tengok wayang semua ini. 1-Waktu dan masa tayangan. Pilih waktu malam. Seeloknya midnight movie pukul 11 malam keatas. Kerana majority baby ketika ini telah penat dan akan tertidur. Ditambah lagi dengan keadaan dalam itu gelap jadi peratus untuk anak-anak anda untuk mengantuk adalah sangat tinggi. 2-Sweater / Jaket Bawalah jaket / sweater dan selimut untuk anak-anak. Dalam memang dah sejuk, tambah lagi waktu malam lagi la sejuk. Badan orang dewasa seperti kita tak sama ya dengan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi baby. Selimut itu bukan hanya untuk tutup badan tapi sebenarnya lapik jika anak anda bosan dan mahu baring di bawah seperti anak ...