(TEGAS BUKAN TENGKING) "Bila tegas TIDAK bermaksud menjerit dan mengherdik anak-anak.Malah sayang semua perlu tahu sekarang,inilah SEBAB UTAMA anak jadi degil. Anak jadi degil dan melawan kata bila dia sering diherdik,dimarah dengan suara yang menengking,TEGAS bermaksud,anda memastikan anak itu tahu had dan batasan yang perlu dihormati. Maksudnya,memberitahu,memberi hukuman berpatutan sekiranya melanggar batasan dan yang penting mesti mengikut kematangan anak itu.Dan yang penting anda tidak menjadi lalang,sekejap okay sekejap tak boleh.Ini mengelirukan anak akan ‘bounderies’ yang mahu diwujudkan." Credit : Ibu Rose - Mesejnya Kasih Owner : Ibu Rose (Bagi mereka yang suka marah-marah anak sendiri ) 1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang? 2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil? 3. Kita adalah orang yang berpengalama...