Setiap manusia telah dijanjikan rezeki masing-masing. Hal ini telah diberi tahu dalam Al-quran betapa pentingnya percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan. Kita juga perlu percaya bahawa rezeki yang datang sememangnya berbeza-beza. Oleh itu jangan dibanding kelebihan anak-anak kita. Mereka juga mempunyai rezeki yang berbeza. Pasti ada antara kita yang mempunyai anak yang ramai. Mereka mempunyai kepintaran yang berbeza-beza. Oleh itu, janganlah kita beza-bezakan mereka dengan kemampuan dan kepintaran mereka. Mempunyai anak yang pintar dan cemerlang dalam peljaar adalah rezeki yang tak ternilai buat semua ibu bapa. Kadang kala ia Nampak seperti ukuran kejayaan ibu bapa mereka mendidik anak itu. Namun, anak ...