Skip to main content

Terapkan Anak Mencintai Ilmu

Menuntut ilmu merupakan sebuah perjuangan yang tiada kesudahannya. Hal ini telah dbuktikan dengan kisah dan tauladan semua ilmuwan pada zaman dahulu. Ilmu akan menjadikan seseorang itu lebih disegani dan dihormati berbanding dengan mereka yang tidak berilmu.Ilmu juga penting untuk anak-anak di zama siber ini. Anak-anak perlu didedahkan dengan ilmu yang bersesuaian menyikut peredaran zaman. Rata-rata anak kecil hari ini telah dihantar ke sekolah sejak berumur 5 tahun. Kepentingan ilmu terhadap anak kecil pada masa ini sangat dititikberatkan oleh semua ibu bapa.

Pada peringkat awal usia, anak kecil lebih didedahkan pada huruf dan nombor. Kemudian ejaan dalam setiap bacaan. Pada permulaan sesi pembelajaran anak kecil lebih mudah menghafal dari terus membaca. Anak kecil sangat mudah mengingati terutamanya pembelajaran yang diajar diulang berkali-kali setiap hari. Pepatah melayu pernah berkata “ Anak kecil bagaikan kain putih, Kita yang mencorak mereka”.  Maka segala corak yang akan tercorak di atas kain putih itu adalah ilmu yang disampaikan dari ibubapa, guru dan orang sekeliling anak kecil itu.

Anak kecil yang biasa diterapkan dengan sifat mencintai ilmu akan cepat belajar membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, keutamaan mereka terhadap ilmu itu lebih tinggi berbanding bermain sahaja. Ilmu pembelajaran perlu diterapkan seiring dengan adab dan budi bahasa dalam kehidupan sosial mereka. Tak lupa juga ilmu agama pasti menjadi keutamaan juga. Ini sangat penting dalam melahirkan insan yang berilmu duniawi dan mementingkan juga soal akhirat agar anak anda tahu tujuan kehidupan yang sebenar. Mungkin seawal usia kecil anak anda tidak faham tenatang kepentingan solat, puasa, berbuat baik kepada orang lain dan sebagainya. Namun, jika diterap dari kecil anak ini akan membesar dengan ilmu akhirat yang baik.


 Apabila mula meningkat remaja, mereka mula diajar tentang pelbagai ilmu yang lebih banyak dan mencabar. Anak itu akan dewasa dan membesar dengan ilmu yang penuh di dada. Ilmu tidak mengira pangkat dan darjat keluarga seseorang. Sebagai contoh ilmuwan yang terhormat seperti Imam Syafie. Beliau seorang anank yatim dan berasal dari keluarga yang miskin. Namun, ilmu telah menaikkan martabat beliau menjadi seorang tokoh ilmuwan yang sangat dihormati dan disegani sehingga ke hari ini. Nah, sudah terbukti kepentingan ilmu terhadap seseorang.

Ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka dengan kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian akan menyebabkan anak-anak ini akan membuatkan mereka terbiasa dengan suasana yang sangat baik. Anak ini akan melakukan sesuatu perkara dengan menggunakan segala ilmu yang mereka ada. Semakin banyak yang mereka pelajar semakin baik pengetahuan yang mereka tahu.

Pengalaman juga sangat penting untuk anak-anak kecil. Perkara ini boleh memberi kepastian kepada mereka dalam hal yang mereka pelajar. Biasakan anak-anak anda mempelajari sesuatu secara teori dan praktikal dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, fahamkan mereka dengan teori terlenih dahulu. Kemudian tunjukkan kepada mereka proses melakukan perkara tersebut. Lalu, buktikkan hasil yang sama kepada mereka. Perkara ini mudah untuk anak itu memahami dan mengetahuan dengan lebih mendalam tentang sesuatu hal.

Selalunya, anak-anak yang sudah mula meningkat remaja ebih suka memilih kemahiran yang mereka lebih cenderung menyukainya. Jika anak anda lebih menyukai ilmu-ilmu kemahiran seperti mekanik, automotif dan sebagainya, anda perlu memberi ruang untuk mereka terus melakukkan ilmu kemahiran yang mereka sukakan. Jangan membiarkan pilihan anda mengatasi kemahuan anak anda.

Akhir kata, islam sangat menitikberatkan tentang kepentingan ilmu terhadap umatnya sehinggakan seseorang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu atau berusaha ke arah menuntut ilmu sahaja dianggap mati syahid. Maka, mari kita serapkan pada anak kecil kita hari ini, betapa pentingnya menuntut ilmu sehingga akhir hayat.

"Ilmu Tanpa Amal Sia-Sia"

Hubungi kami di : 019-2121 540
Dapatkan TelekungKidz Koleksi Ramadhan 2016
Srikandi Cilik

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...