Q: Belum mengandung lagi? A: Allah Sebaik-baik Perancang. Adakah Anda Lebih Baik Dari DIA Merancang?
Perancangan Allah itu sempurna. Tidak lambat tidak juga terlalu cepat. Tepat pada masanya. Begitulah juga bila berbicara tentang zuriat. Apa yang penulis ingin kongsikan di sini pengalaman penulis sendiri. Penulis juga menunggu 5 bulan sebelum disahkan mengandung. Ya, mungkin bagi kalian 5 bulan itu sekejap saja, tapi bagi kami yang menunggu ibarat 5 tahun lamanya. Tak boleh tahan sedihnya di hati apabila setiap kali bertemu rakan dan keluarga akan ditanya ‘sudah ada isi ?’. Penulis hanya 5 bulan, bagaimana mereka yang menunggu bertahun-tahun lamanya menanti? Sungguh anda dikagumi. Kenapa penulis mengatakan bahawa perancangan Allah itu sempurna? Kerana penulis sendiri telah melalui itu semua. Setiap kali ditimpa ujian, terdetik di hati Allah lakukan perancangan yg sempurna ada hikmah di sebalik semua ini. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan yakin dalam hati. Penulis berkahwin pada umur 23 tahun. Suami pun sebaya. Ketika itu kami baru beberapa bulan saja mul...