Berlumba-lumba beli kereta mewah, tunggangan apa yg kita ada utk melintas titian sirat? Kita merasakan kereta yang dibeli untuk haruslah berbaloi digunakan bagi tempoh jangkamasa yang lama. Iyalah hutang dengan bank pun 7 hingga 9 tahun untuk habis bayar. Sudah tentu kita memilih kenderaan yang mampu bertahan lama dan berkualiti. Namun pernahkah kita berfikir, bagaimana kenderaan kita untuk melintas titian sirat? Anda memilih kereta yang mampu bertahan sehingga 9 tahun tapi anda lupa untuk memilih kenderaan di akhirat yg memakan masa beribu-ribu tahun. Ingatlah bahawasanya 1 hari di dunia bersamaan 1000 tahun di akhirat. Lembu / Kambing yang anda akikah ataupun korban di dunia mampu menjadi tunggangan anda esok hari. Marilah kita sama-sama merebut peluang ini. Bawak kereta laju kejar punchcard takut lewat kerja, bila sembahyang berlengah padahal rezeki datang dari DIA. Kita sehabis jaga tingkahlaku kita di hadapan bos lebih-lebih lagi kedatangan. Kenapa? Kerana dia...