Skip to main content

Asas Utama Perkembangan Seorang Kanak-Kanak

             Kehadiran anak  menambah seri rumah tangga yang telah dibina. Oleh sebab itu semua pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga tidak sabar menanti kehadiran cahaya hati yang akan menyerikan kehidupan mereka. Jadi, ibu bapa masa kini sangat mengambil berat mengenai perkembangan anak-anak mereka.

                Isu perkembangan anak bukan hanya dilihat selepas ibu melahirkan sahaja. Malahan, sewaktu anak masih di dalam kandungan ibu lagi, semua nasihat dan pantang larang diikuti demi perkembangan bayi dalam keadaan baik dan sihat. Ini membuktikan lagi betapa ibu bapa sentiasa mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka walau dalam apa keadaan sekali pun.

                Seperti kata pepatah orang tua “ Anak yang baru lahir seperti kain putih kita yang mencoraknya”. Perkembangan anak-anak selepas lahir bukan sahaja memberi kebaikan fizikal anak itu. Cara didikan orang sekeliling anak tiu terutamanya ibu bapa sememangnya sangat mempengaruhi anak kecil itu. Berikut saya sertakan 5 perkembangan utama kanak-kanak.



1-Perkembangan Fizikal
Perkembangan dari segi fizikal sememangnya menjadi keutama semua ibu bapa. Sebagai contoh apabila bayi mula pandai merangkak, memanjat dan bergerak. Perkembangan ini lebih dikenali sebagai perkembangan ‘MOTOR KASAR’. Pergerakan anak yang lebih suka bergerak, merangkak mengiring ketawa san sebagainya. Ibu bapa pasti akan menjadi orang paling gembira apabila melihat perkembangan ini terhadap anak-anak mereka.

Perkembangan yang kedua lebih dikenali sebagai perkembangan ‘MOTOR HALUS’. Perkembangan ini lebih kepada cara anak-anak ini berfikir dan imaginasi mereka. Selalunya perkembangan ini boleh dilihat apabila anak-anak mula menginjak umur 2-4 tahun. Sebagai contoh anak ini mula pandai melakar apa sahaja dan imiganasi mereka dan sesuatu yang mereka ingat. Cuba anda biarkan mereka meluahkan apa sahaja yang ada dalam fikiran mereka. Contohnya, lukiskan bentuk muka. Kemudian, tanyakan kepada mereka kedudukan mulut, mata, hidung dan telinga. Kita boleh lihat sendiri apa jawapan mereka.

2-Perkembangan Bahasa
Perkembangan bahasa juga menjadi asas utama dalam perkembangan anak-anak. Selalunya anak-anak yang masih kecil lebih mudah mengingati perkataan yang selalu disebut oleh orang sekelilingnya. Seperti ibu bapa atau pengasuh mereka. Banyak pakar-pakar kanak-kanak menasihati ibu bapa agar sentiasa memberi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Kerana anak-anak akan mengikut apa sahaja yang mereka selalu lihat dan dengar.

Anak kecil perlu diajar mengebut dengan perkataan yang betul seperti SUSU. Ajar anak anda menyebut perkataan ‘SUSU’ bukan dengan perkataan yang pelat seperti ‘CUCU’. Sebutan yang betul dari ibu bapa akan menyebabkan anak-anak terbiasa dengan perkataan yang betul dan menyebutnya juga dengan betul. Hal ini memudahkan proses pembesaran anak-anak dalam perkembangan bahasa mereka.

3- Perkembangan Kognitif
‘Perkembangan Kognitif’ ialah perkembangan anak dalam mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh , “Sayang, buka baju. Jom mandi”. Maka, anak terus bertindak dengan mengangkat tangan tanda mahu baju dibuka bersiap untuk mandi. Hal ini bermaksud, perkembangan anak yang faham akan sesuatu situasi yang kita hendak lakukan. Perkembangan ini selalunya lebih kepada anak itu faham situasi yang sedang dilakukan.

Contoh lain, Mama mahu buka lampu” Maka anda tekan suis lampu dan lampu akan terbuka. Maka, anak itu akan mula faham bahawa perbuatan ibunya adalah membuka lampu. Selang-selikan perkataan yang anda hendak lakukan dan terus lakukan. Maka, anak itu akan faham keputusan atas tidakan anda.

4-Sosial emosi
Anak kecil selalunya sudah mempunyai emosi sendiri sejak dari awal kelahiran mereka seperti sedih, sakit, ketawa, senyum dan merajuk. Namun, emosi anak-anak selalunya berubah mengikut umur anak itu. Anak yang masih kecil lebih suka bermain. Mereka Cuma fikirkan bermain sangat penting untuk mengembirakan hati mereka. Ajarkan mereka bergaul dengan baik terhadap semua orang terutamanya menghormati orang yang lebih dewasa.

Biasakan anak kecil yang sedang merajuk untuk mudah dipujuk dan tidak merajuk dalam jangka masanya lama. Hal ini, boleh mengajar anak itu supaya dalam meyelsaikan sesuatu masalah dengan baik. Beri keyakinan kepada anak anda yang mereka boleh melakukan sesuatu dengan baik tanpa perlu merajuk atau mudah tersinggung.

5-Perkembangan estetika dan kretiviti
Semua perkembangan anak anda dari segi kretiviti juga sangatlah perlu dititikberatkan. Sesetengah ibu bapa kurang memberi kepercayaan anak mereka melakukan tugasan dan memperlihatkan kemampuan mereka sendiri. Anak-anak perlu diberi kepeluang untuk melakukan sesuatu tugasan dengan sendiri tanpa bantuan dari ibu bapa. Perkara ini boleh memperlihatkan tahap fikiran kritikal mereka. Kemudian lihat hasil anak anda. Puji hasil yang mereka lakukan walau apa sahaja hasilnya dan beri kritikan membina supaya mereka boleh melakukan lebih baik lagi jika tugasan sama diberikan lagi kepada anak itu.

Anda sendiri boleh melihat kemampuan anak anda dari pelbagai sudut. Anak anda akan mengunakan semua yang pernah mereka tahu dan lakukan yang terbaik dalam menjalankan tugas mereka. Anda perlu juga melihat dari segi proses, perkembangan dan hasilnya. Walau apa pun kemampuan anak anda, anak pasti berbangga dengan keupayaan anak anda melaksanakan sesuatu tugas dengan sendirinya.

Lakukan sesuatu yang terbaik dalam perkembangan anak-anak anda. Anda pasti gembira dengan perkembangan mereka!

Wasalam.

"Selamat Hari Ibu"

Temui kami di page : Adda Wardrobe

Instagram : @telekungkidz

Whatsapp/Call/SMS : 019-2121 540


Comments