Kopiah
dan telekung? Dua pakaian yang sangat berbeza. Kopiah untuk si comel lelaki dan
telekung untuk si Comel perempuan. Anak lelaki dan perempuan mempunyai
perbezaan personaliti yang sangat ketara. Malahan, tahap perkembangan anak
lelaki dan perempuan juga sangat berbeza. Hal ini anda boleh lihat sejak anak-anak ini
kecil lagi.
Menurut
beberapa kajian dan pengalamn para ibu bapa, anak lelaki lebih lasak berbanding
anak perempuan. Ini kerana sudah pasti perbezaan jantina adalah penyebab
anak-anak ini berbeza dari segi aktiviti dan kekuatan mereka. Ibu bapa juga
memain peranan dalam mendidik anak lelaki supaya menjadi lelaki yang boleh
menjadi seorang pemimpin. Latih anak lelaki anda dengan pemakaian lelaki,
pekerjaan lelaki dan perbuatan seorang lelaki. Begitu juga dengan anak
perempuan anda. Ajar anak perempuan anda menjadi lebih lemah lembut dan sopan
santun dalam pelbagai hal. Namun, perlu diingati, zaman mutakhir ini anak
perempuan perlu juga diberi persediaan dan dididik dalam embertahan diri mereka
sendiri sama ada mental atau fizikal.
Berikut adalah contoh dan perbezaan perkembangan anak lelaki
dan perempuan ketika kecil.
Anak Lelaki : -
·
Lasak
- Anak lelaki sifatnya sangat lasak dan lebih aktif dan tidak mahu duduk diam. Ini kerana, perkembangan otak mereka lebih cepat dan cergas dengan aktiviti dan stamina mereka yang baik dari kecil lagi.
·
Lebih berminat kepada benda dari orang
- Seawal usia kecil anak lelaki lebih banyak menunjukkan minat kepada benda dan pelbagai alatan berbanding kanak-kanak perempuan. Anak lelaki lebih fokus kepada benda, barang atau perkara yang menarik.
·
Lambat bercakap atau berbunyi
- Kebanyakkan anak lelaki mempunyai perkembangan yang agak lambat dari segi percakapan dan bunyi. Selalu kita lihat anak lelaki yang sudah berusia 4-5tahun masih pelat ketika berkata-kata. Adakalanya, adik perempuannya lebih jelas dan bagus menyebut sesuatu perkataan itu. Ini membuktikan fokus lelaki terhadap bunyi memang lambat berbanding wanita.
·
Perkembangan pergerakkan dengan sangat cepat
- Berbeza dengan perkembangan dalam bercakap, anak lelaki sangat cepat berkeembang dari segi fizikal mereka. Mereka cepat mengiring, mengensot, duduk dan berjalan. Ini sangat bersesuaian sifat mereka yang agak lasak dan cepat melakukan tindakan untuk bergerak.
·
Menangis hanya kerana Ngantuk, sakit atau lapar
- Hal ini sangat berbeza dengan anak perempuan. Anak lelaki mempunyai sifat semulajadi berani. Selalu kita lihat anak lelaki lebih mudah berdikari berbanding anak perempuan. Ini kerana sikap lelaki itu sendiri yang sangat berani dan tidak mempedulikan perasaan mereka untuk merajuk dan sebagainya.
·
Tidak Fokus Ketika Melakukan Sesuatu
- Anak lelaki mempunyai tahap fokus yang sangat kurang. Ini kerana, mereka lebih suka tidak duduk diam dan sangat aktif. Mereka lebih suka fokus kepada sesuatu yang mereka suka berbanding dengan perkara lain.
Anak Perempuan
·
Sopan Santun
- Anak perempuan selalunya mempunyai sifat yang sangat bersopan antun. Anak ini lebih mudah diajar untuk duduk diam dan lebih mendengar kata berbanding anak lelaki. Anak perempuan yang kurang bersikap lasak mempunyai kekuatan dalam yang kuat untuk mempertahankan diri mereka. Namun, zaman ini sudah ramai anak perempuan diajar menjadi sedikit lasak untuk mempertahankan diri mereka secara fizikal dan mental. Supaya anak perempuan yang kelihatan sopan santun dan lemah lembut tidak mudah ditipu oleh orang lain.
·
Lebih tertumpu kepada orang sekeliling
- Anak perempuan selalunya lebih peramah dan muah bergaul. Ini kerana anak perempuan mempunyai tarikkan yang tinggi terhadap orang sekelilingnya. Anak perempuan yang lebih bersikap manja selalu mendapat perhatian yang lebih berbanding anak lelaki. Ini kerana sifat semula jadi perempuan itu sendiri yang membuatkan mereka sukakan perhatian dan mudah diberi perhatian.
·
Cepat Belajar bercakap dan Bunyi
- Berbeza dengan anak lelaki anak perempuan sangat cepat belajar bercakap dan bunyi. Anak perempuan lebih kuat fokusnya terhadap bunyi dan percakapan orang sekeliling mereka. Anak ini mudah bercakap dan menyebut satu perkataan dengan lebih jelas tanpa pelat.
·
Lambat dari segi perkembangan pegerakan fizikal
- Sifat anak perempuan itu sentiasa kurang lasak berbanding anak lelaki menyebabkan mereka lambat bertindaka dari segi fizikal. Anak ini mempunyai sifat takut mencuba sangat kuat berbanding anak lelaki.
·
Fokus dalam melakukan sesuatu perkara.
- Ini menyebabkan kekerapan anak perempuan mempunyai kepintaran yang lebih baik berbanding anak lelaki sewaktu usia kecil mereka. Anak perempuan mempunyai daya fokus yang sangat tinggi dan mudah diikuti semula. Apa sahaja yang berlaku disekeliling anak ini akan menyebabkan anak ini mudah meniru gaya dan perbuatan orang sekeliling.
Maka
kita dapat simpulkan bahawa membesarkan anak perempuan dan anak lelaki banyak
berbezaannya. Ibu bapa perlu bersedia dengan pelbagai cara mendidik kerana
perbezaan perwatakan dan tahap perkembangan anak-anak mereka. Anak lelaki
dengan cara mereka yang tersendiri dana anak perempuan dengan kemanjaan mereka.
Jadi, sebagai ibu bapa anda perlu tahu membezaankan keupayaan dan perbezaan
kehendak anak-anak anda. Jangan sangat tidak adil dalam memberi kasih saying.
Beri kasih sayang dengan secukupnya. Anak perempuan dan anak lelaki mempunyai
perbezaan cara yang sangat ketara. Mungkin pada masa akan datang kita boleh
membincangkan mengenai perbezaan cara melayan anak sulong dan anak bongsu.
Penting
untuk tidak membeza-beza keupayaan dan kemampuan anak-anak anda. Hal ini, boleh
menyebabkan anak jadi memberontak dan tidak mudah mendengar kata. Asuhan
terhadap anak perempuan dan anak lelaki memang berbeza tetapi kita janganlah
pilih kasih sehingga ada yang rasa terabai dan dipinggarkan.
Sekian.
Wasalam.
Comments