Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ibu main handphone

Dilema Seorang Ibu Bekerja.

Setiap kali pulang dari kerja, nampak anak tidur automatik perasaan rasa bersalah akan menjelma.  Kenapa?  Kerana satu hari suntuk dia dibiarkan dengan pengasuh tanpa kasih sayang kita. Waktu tidur anak kecil sangat panjang berbanding kita. Jadi waktu siang mereka berjaga bukan ketika saat bersama kita. Bila pandang muka anak saat mereka sedang tidur, mula lah berair mata. Bertubi-tubi rasa menyesal tak layan karenah mereka ketika mereka berjaga. Balik kerja penat marah anak itu ini serba serbi tak kena. Sedangkan mereka buat kita marah untuk menarik perhatian kita. Yang asyik leka menghadap telefon sepanjang masa. Esoknya bila hantar anak ke pengasuh cium mereka macam esok tak jumpa. Setiap pagi berazam benda sama. Tak nak dah marah-marah anak. Nak layan mereka penuh kasih sayang dan belai manja.  Tapi bila balik kerja benda yang sama berulang juga. Entah bila akan berubah,tolak perhatian anak mentah-mentah. Kita manusia bi...