Salam jumaat yang penuh barakah di bulan yang mulia ini. Jumaat pertama di bulan ramadhan pada tahun ini.Alhamdulilah kita masih berkesempatan untuk menikmati hari yang berkat ini. Bila jumaat tiba, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran anda? Sembahyang jumaat ? Pisang free di masjid? Waktu rehat lebih lama boleh pergi mall mana-mana? Atau teruja kerana esok cuti sudah tidak bekerja? Penulis mempunyai persepsi berbeza. Mungkin diluar jangkaan semua. Atau mungkin juga ada yang mempunyai impian yang sama. Setiap kali menjelangnya jumaat, betapa penulis berharap malaikat maut datang menjemput untuk meninggalkan alam dunia. Tapi tak bermakna penulis tak takut mati ya. Cuma permintaan itu diselit dengan doa. Doa meninggal di dalam keadaan amal ibadah sudah cukup untuk ke syurga.Betapa penulis berharap dapat mati dalam husnul khatimah. Agar di dalam kubur dilindungi dari fitnah. Apabila telah sampai ajal seseorang manusia, anak adam ak...