Menuntut ilmu merupakan sebuah perjuangan yang tiada kesudahannya. Hal ini telah dbuktikan dengan kisah dan tauladan semua ilmuwan pada zaman dahulu. Ilmu akan menjadikan seseorang itu lebih disegani dan dihormati berbanding dengan mereka yang tidak berilmu.Ilmu juga penting untuk anak-anak di zama siber ini. Anak-anak perlu didedahkan dengan ilmu yang bersesuaian menyikut peredaran zaman. Rata-rata anak kecil hari ini telah dihantar ke sekolah sejak berumur 5 tahun. Kepentingan ilmu terhadap anak kecil pada masa ini sangat dititikberatkan oleh semua ibu bapa. Pada peringkat awal usia, anak kecil lebih didedahkan pada huruf dan nombor. Kemudian ejaan dalam setiap bacaan. Pada permulaan sesi pembelajaran anak kecil lebih mudah menghafal dari terus membaca. Anak kecil sangat mudah mengingati terutamanya pembelajaran yang diajar diulang berkali-kali setiap hari. Pepatah melayu pernah berkata “ Anak kecil bagaikan kain putih, Kita yang mencorak mereka”. Maka segala corak yang aka...