Assalamualaikum dan salam sejahtera, Adakah anak anda seorang yang cerewet makan,tidak mempunyai selera makan atau kurang makan.Ini adalah di antara dilema seorang ibu yang lazimnya dihadapi oleh para ibu yang baru mempunyai seorang atau dua anak. Para ibu masa kini telah banyak didedahkan dengan ilmu pemakanan yang baik dan seimbang bermula dari trimester pertama bagi menjaga kesihatan diri dan bayi yang dikandung.Apabila anak mencecah usia setahun dan telah mula cerewet makan,pelbagai usaha dilakukan oleh para ibu untuk mengembalikan selera makan anak-anak termasuklah pengambilan supplemen kesihatan. Mari kita baca petikan artikel dari : Dr.Tee E Siong,Presiden Pemakanan Malaysia. Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Supplemen Kesihatan Tambahan Memastikan anak anda makan secara sihat adalah penting kerana dia akan mendapatkan semua nutrient yang diperlukan melalui diet yang seimbang,sederhana dan pelbagai.Secara ringkasnya,anak anda tidak memerlukan supplemen kesihatan jika dia ...