Skip to main content

Anak Aktif Vs Anak Pasif


               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan.

Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal.

Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka cepat belajar, mudah belajar pelbagai benda baru dan mudah memberi impak yang baik kepada kita semual. Dari segi kecergasan pula, anak yang aktif ini jauh lebih cergas dari segi mental dan fizikal mereka. Selalunya, anak ini kebanyakkannya boleh dikategorikan sebagai anak yang pintar dan Berjaya dalam pelajaran.

Ciri-ciri anak yang aktif :-

·         ---Anak ini mempunyai tahap fokus yang sangat tinggi. Sebagai contoh, ketika melakukan suatu aktivitas misalnya merangkai puzzle, anak ini boleh menyelsaikannya dengan baik dan lebih pantas berbanding anak yang lain.
·        --- Anak ini selalunya akan diam dan berehat apabila dia rasakan begitu lelah dan penat. Selalu ini seperti budak tak kenal penat. Sebenarnya tidak, anak seperti ini akan fokus pada waktu penat mereka dengan sepenuhnya. Jadi waktu mereka diam, beristirehat atau tidur itu adalah waktu yang sangat penting untuk mereka.
·         ---Lebih mudah mendengar kata
·        --- Bisa bermain dengan tenang dan jika berbicara suaranya tidak keras.
·         ---Memiliki kesabaran yang tinggi.

Anak yang pasif mungkin pada luarannya kelihatan sangat baik dan tidak terlalu nakal. Mereka lebih banyak menyerah diri, diam dan tidak buat apa-apa berbanding anak aktif. Namun, anak seperti ini perlu mendapat perhatian yang lebih tinggi disebabkan mereka ini tidak pandai bergaul atau melakukan sesuatu perkara sendiri. Mereka ini tidak lansung aktif dan jarang menggunkan pemikiran kritikal dalam melakukan sesuatu hal.

Anak seperti ini mungkin menjadi kegemaran ramai orang tua kerena tidak melakukan perkara yang menjengkelkan orang tua seperti berlari, memanjat dan mengganggu orang lain. Namun, anak pasif ini sukar difahami apa perasaan dan kemahuan mereka berbanding anak yang aktif. Anak ini juga sukar mengerti sendiri kemahuan mereka selain mengikut shaja telunjuk orang tua dan orang sekeliling mereka.

Ciri-ciri Anak Pasif :-

·         ---Kelihatan lembab
·         ---Malas bergerak dan bertindak
·        ---- Diam dan hanya suka memerhati
·         ---Ransangan otak lambat dan tidak cergas
·         ---Lebih agresif



Perbandingan di antara anak yang aktif dan pasif sangat berbeza. Cuma, kita khuatir anak yang aktif jika tidak diberi perhatian supaya memahami keadaan dan lebih bersikap sopan akan membuatkan anak ini membesar dengan sikap nakal mereka. Begitu juga anak yang pasif, mereka juga perlu diberi perhatian yang lebih suka mereka suka bertindak dan lebih cergas dari awalnya. Anak-anak pasif perlu diajar bergaul dan menyelesaikan sesuatu masalah sendiri supaya mereka tidak hanya bergantung kepada orang lain.

                Semua anak-anak kita mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Mereka perlu diberi perhatian dalam waktu membesar . Sikap mereka yang pelbagai mungkin kadang kala menyebabkan kita memilih kasih terhadap anak-anak kita. Namun, anak-anak ini perlu dididik menjadi orang yang terbaik walau siapa sahaja mereka di awal usia kanak-kanak mereka. Sama ada mereka pasif atau aktif, anak-anak ini berhak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa dan orang sekeliling mereka.

                Sebagai ibu bapa kita sewajarnya mengenali kelebihan dan kekurangan anak kita dari awal usia mereka supaya kita boleh melakukan sedikit persedian untuk hari mendapat mereka. Akhir kata, sayangi anak-anak kita walau siapa pun mereka.

Sekian.

Wasalam.



Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...