Skip to main content

Posts

Showing posts with the label telekung putih

Telekung Sekolah

Tarikh : 7/11/2018 Masa : 5:19 pm Penulis : Mama Adda Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.Kita baru sahaja meraikan Hari Cuti bersama keluarga sempena perayaan Deepavali.Alhamdulillah,masa bersama keluarga adalah masa paling penting bagi anak-anak kita.Setiap kali cuti pasti anak-anak akan menagih janji dengan ibu-bapa untuk membawa mereka keluar beriadah dan membeli-belah. CEO Adda Wardrobe,Amanda El Billah pula baru sahaja bersama dengan tim MyCEO di Karnival Usahawan Cilik yang diadakan di The Strand Encorp Mall,Kota Damansara bersama Abang Firas. Alhamdulillah,objektif tercapai dan banyak pengalaman yang dikutip di sana.Ahaaa...tetapi sebelum menyertai Karnival Usahawan Cilik pada 4 Oktober Amanda terlebih dahulu sempat 'photoshoot' bersama Uncle Fizi untuk koleksi Telekung Sekolah. Bulan November ini ramai anak-anak sudah pun menduduki peperiksaan akhir tahun.Khabarnya tahun hadapan peperiksaan tahap akan dimansuhkan dan digantikan dengan ...

Adda Wardrobe X An-Najwa

Tarikh : 13/03/2018 Masa : 10:48 a.m Penulis : Mama Adda TELEKUNG POKET ZIPPER  adalah inspirasi Telekung Poket yang direka untuk anak yang perlukan tempat untuk simpan barang semasa solat. Sesuai untuk ke sekolah atau semasa travel. . Telekung kanak-kanak  dari   ADDA WARDROBE X AN-NAJWA  ini menggunakan material   COTTON   sesuai sebagai telekung pertama mereka.  . Anak-anak pasti selesa dengan fabric dan jahitan tali bergetah di kepala KELEBIHAN TELEKUNG POKET ZIPPER Material yang digunakan dari material cotton  yang ringan Telekung ini dikemaskan dgn poket berzip untuk simpan cermin mata, duit sedekah bila ke masjid. Sesuai untuk musim Ramadhan akan datang Hujung tepinya dengan lace halus sebagai hiasan Akses poket di bahagian depan telekung memudahkan untuk menyimpan dan mengambil barang simpanan tanpa perlu menyelak telekung. Mempunyai tali pengikat bergetah di kepala (boleh pakai sendiri). - Se...

Telekung Putih / Telekung Sekolah Untuk Simulasi Haji Cilik

Tarikh : 14/03/2017 Masa : 10:25 a.m Penulis : Mama Adda Assalamualaikum tuan / puan yang budiman, Terima kasih singgah di blog Mama Adda.Kali ini Mama Adda nak 'share' apa itu Simulasi Haji Cilik yang setiap tahun diadakan. Sebagai 'saudagar telekung kanak-kanak' setiap tahun pasti ada sahaja permintaan dari ibu-bapa yang mencari 'Telekung Putih' untuk anak mereka.Anak-anak pra-sekolah kebiasaannya sudah pun mempunyai telekung yang menarik dari segi warna dan corak.Malangnya untuk Program Simulasi Haji Cilik hanya Telekung Putih dibenarkan. Mulalah si ibu sibuk mencari Telekung Putih,tetapi jangan risau kerana Telekung Putih sentiasa ada stok dari kami.Google sahaja pasti jumpa Mama Adda di sini. Simulasi Haji Cilik adalah satu program yang dianjurkan untuk kanak-kanak pra sekolah berusia dari 4 hingga ke 6 tahun.Program ini kebiasaannya dianjurkan oleh PERTIM,agensi dan Masjid Negeri Shah Alam bagi negeri Selangor. Objekti...

AGEN DIPERLUKAN

Adda Wardrobe telah beroperasi secara online dari tahun 2012 dalam pengkhususan perniagaan telekung kanak-kanak. Kami sentiasa membuka peluang kepada tuan puan yang mahu menambah pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa dengan menjadi dropship,agen atau stokist kepada produk utama kami iaitu telekung kanak-kanak. Syarat-syarat : 1) DROPSHIP Yuran dropship - TIADA Boleh daftar terus sebagai dropship kami.Maklumkan nama,no hp dan alamat untuk pendaftaran dropship. Komisyen sebanyak 10% diberi bagi setiap produk yang dijual. Dropship hendaklah menggunakan nama "Adda Bella" bagi setiap iklan yang dipamerkan. Contoh : Telekung Putih - Adda Bella ,Jubah Putih -Adda Bella,Khimar-Adda Bella Urusan pengeposan kepada pelaggan daripada tarikh bayaran selepas pukul 2.00 petang setiap hari dikira 48 jam selepas bayaran. Dropship akan diberi Tracking Number dalam masa 24 jam untuk memudahkan servis dropship kepada pelanggan. 2) AGEN Yu...

Telekung Wakaf Untuk Sekolah

Tarikh : 23/02/2017 Masa : 1:20 pm Penulis : Mama Adda Telekung Sekolah atau Telekung Putih dari Adda Wardrobe direka khas untuk pelajar sekolah bermula dari Pra Sekolah (4-6 tahun) sehingga sekolah rendah dan menengah. Ciri-ciri telekung putih ini ialah :- 1) Menggunakan kain cotton putih 2) Kemasan muka getah yang kemas 3) Kemasan renda di keliling telekung 4) Poket tengah dengan zip sorok 5) Berwarna putih  6) Ringan dan mudah dibasuh 7) Sesuai untuk semua kanak-kanak terutama pelajar sekolah Kami namakan sebagai Telekung Sekolah kerana telekung putih adalah pilihan utama bagi kanak-kanak untuk solat selain dibawa ke sekolah. Harga untuk telekung ini adalah 'flat rate' RM50 sepasang bagi semua saiz kecuali sekolah menengah RM60. Harga jualan ini adalah mampu milik dan ideal dengan material yang digunakan.Design yang simple dan 3 kategori saiz mengikut peringkat umur. 4-6 tahun -M 7-9 tahun -L 10-12 tahun-XL (dijah...

Program Back To School -Telekung Sekolah

Program 'Back To School' Budget 2017 telahpun berlalu namun Budget 'Back To School' untuk anak-anak tahun 2017 nanti bukanlah sesuatu yang difikirkan sekarang.Ianya sudah termasuk dalam Budget 2016 yang lepas. Dalam ekonomi yang perlahan,keperluan persekolahan anak-anak adalah perkara utama. Bagi yang mempunyai perancangan rapi dalam hal kewangan tahniah diucapkan.Bagi yang memerlukan,masih belum terlambat untuk memikirkan jalan keluar. Jika anda mengetahui keluarga yang memerlukan bantuan persekolahan anak-anak boleh bantu keluarga ini dari segi perkongsian info,bantuan kewangan atau bantuan kelengkapan dan keperluan persekolahan anak-anak. Bagi institusi seperti taska dan tadika swasta,diskaun yuran pendaftaran atau yuran bulanan juga boleh diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Kami menyeru ibu-bapa yang masih mempunyai kelengkapan sekolah terpakai yang masih elok untuk menyumbang pakaian dan peralatan persekolahan kepada i...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...

Telekung Wakaf

Assalamualaikum w.b.t Idea asal penubuhan Team 3 Sahabat Telekungku yang terdiri dari 3 usahawan telekung (TelekungKidz,TelekungNajwa dan Telekung Ilmi) bermula apabila sahabat Yusniza Yusof dari TelekungNajwa menyuarakan hasrat bahawa kami boleh berganding bahu membuat projek wakaf bersama. Kebetulan beliau sedang mengumpulkan 30 pasang telekung untuk program Qaseh Suci Ramadhan 2015 yang dianjurkan oleh Usrah Suci dengan kerjasama JAKIM,PPZ,BAITULMAL & MASJID ASY_SYAKIRIN pada bulan Ramadhan yang lalu. Kami dipertemukan di sebuah majlis Telekung Fest pada 12-14 Mac 2015 di Busana MARA,Kuala Lumpur anjuran PASARNITA.Saya sendiri telah mengenali TelekungNajwa sejak 2012.Di Telekung Fest kami menambah kenalan bersama usahawan telekung yang lain.Semua rata-rata telah lama di dalam industri telekung termasuklah Telekung Ilmi. Dengan kerjasama tiga sahabat telekung ini,kami berharap dapat terus menjadi penggerak kepada telekung wakaf di Malaysia. Untuk p...

Telekung Cotton Smocking Plain

Peluang Menambah Pendapatan-TelekungKidz -Tailoring House

Bismillah. Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi rezeki kepada semua yang mencari peluang menambah pendapatan.Saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjahit telekung kanak-kanak,pakaian kanak-kanak dan sejadah untuk menghubungi saya melalui :- 1) Whatsapp / call /sms :- 019-2121 540 2) Email : roslinda.arifin@gmail.com Peluang terbuka kepada semua yang mempunyai kemahiran dan pengalaman menjahit. Terima Kasih.

TelekungKidz

Salam. Bismillahirrahmanirrahim. Adda Wardrobe-TelekungKidz adalah facebook page kami yang menjual telekung kanak-kanak dari usia 2 hingga 12 tahun.Kami ada beberapa siri telekung dari pelbagai material. Kids Prayer Outfit 1) TelekungKidz - Lycra series 2) TelekungKidz - Cotton series 3) TelekungKidz - Jersey series 4) TelekungKidz - Satin series (design pertama dari kain jersey) Selain daripada telekung kami juga menjual sejadah kanak-kanak. Kids Prayer Mat dari Adda Wardrobe-TelekungKidz terdiri daripada sejadah yang direka khas dan dijahit oleh tukang jahit tempatan. (sejadah putih dengan sulam nama) Kami juga menawarkan perkhidmatan tambahan seperti :- 1) Sulam nama di telekung dan kain 2) Sulam nama di sejadah 3) Kad dan bungkusan hadiah bagi kiriman hadiah 4) Beg untuk telekung (sulam nama pada kain telekung jersey) (sulam nama pada telekung jersey) (sulam nama pada telekung lycra) (sulam nama pada telekung c...

#telekungwakaf -Infak Telekung Untuk KiTA

Assalamualaikum, Saya,dengan rendah hati menjemput individu (friendlist fb dan followers) yang ingin membuat sumbangan telekung putih cotton smocking kanak-kanak kepada 75 orang anak-anak kepada ibu tunggal dari : PERTUBUHAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL AN-NUR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (KiTA) KiTA adalah sebuah NGO dan dipengerusikan oleh Puan Sarah Hashim. Telekung yang terkumpul akan disampaikan "by hand" kepada pertubuhan. Berikut adalah bilangan anak-anak mengikut umur : 4 tahun - seorang 5 tahun - seorang 6 tahun - 2 orang 7 tahun - 2 orang 8 tahun - 4 orang 9 tahun - 7 orang 10 tahun - 6 orang 11 tahun - 9 orang 12 tahun - 2 orang 13 tahun - 7 orang 14 tahun - 7 orang 15 tahun - 5 orang 16 tahun - 9 orang 17 tahun - 10 orang 18 tahun - 2 orang 19 tahun - seorang Terima Kasih atas sokongan. Sila hubungi saya : Whatsapp : 019-2121 540 Email : roslinda.arifin@gmail.com Email : arrazinonlinesouq@gmail.com Adda Wardrobe Admin ...