Skip to main content

Makanan Yang Baik Untuk Pembesaran Anak


               Seperti kita sedia maklum, makanan adalah keperluan yang membantu memenuhi keperluan fitrah manusia iaitu fizikal. Peranan makanan yang sihat juga membantu tumbesaran anak anda. Ia memainkan peranan yang sangat penting juga terhadap mental dan emosi seseorang.

                Anak yang dijaga waktu makan dan setiap pemakaiannya boleh memberi impak yang sangat baik kepada fizikal, mental dan emosi seseorang. Teknik pemakanan yang baik juga menguatkan rohani seseorang. Ini memudahkan proses beribadah dengan baik tanpa sebarang masalah kesihatan dan sebagainya. Makanan yang hebat juga turut membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan meransang pertumbuhan sel-sel otak. Hal ini akan menyumbang kepada fizikal yang lebih sihat.





1.   Bijirin Penuh
  • Otak memberi peranan yang sangat besar kepada kita. Penggunaan otak sebenarnya 20% setiap hari berbandingan penggunaan organ lain. Otak akan mengawal seluruh pergerakan anda juga keputusan yang kita lakukan. Maka kesihatan otak sangatlah penting dalam memenuhi kehidupan seharian kita pada setiap hari.

    Anak yang mempunyai otak yang cergas sangat mudah menerima pembelajaran dan kefahaman dalam sesuatu pembelajaran.Otak yang cergas membawa kepada kehidupan yang lebih aktif. Nah, pemakanan bijirin sangat penting ketika ini. Pemakanan bijirin penuh akan membantu memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh agak lama.

    Jadi, pengambilan bijirin penuh disarankan pada waktu sarapan pagi kerana semua perkembangan belaku dengan baik tanpa lesu kerana perut kosong. Hal ini supaya anak anda lebih fokus dalam jangka masa yang agak panjang. Vitamin B dalamnya juga boleh memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak setiap hari.
2.   Omega 6, DHA & EPA
  • Anda pernah dengar iklan “Ternyata sel-sel otaknya sedang berhubung!”? Iklan ini menekankan kepentingan dan peranan DHA dan EPA untuk pembesaran anak anda. Zat ini sangat penting. Ini kerana, kekurangan zat ini akan meningkatkan risiko anak anda menghidap alzhemier dan menjejeaskan memori anak anda.

    Ikan tuna, salmon dan sardin contoh pemakanan yang mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6. Omega 6 berperanan untuk memberi ketajaman fikiran terhadap anak anda. Selain itu, kewujudan vitamin B3, B6 dan B12 dalam minyak ikan meningkatkan ketajaman fikiran mereka. Masyarakat jepun gemar menikmati menu ikan mentah seperti sushi. Hal ini kerana, pemakanan seperti ini boleh meningkat tahap kcergasan otak anak anda. Selain dari ikan, khasiat seperti ini boleh juga didapati di dalam soya, biji labu dan minyak kacang walnut.
3.   Telur
  • Telur yang mempunyai asid amino pula baik untuk otak. Ia juga menjadi sumber protein yang mudah di dapati  dan baik. Seperti kita sedia maklum, kuning telur kaya dengan acetylcholine yang membantu meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak. Perkara ini boleh meningkatkan tahap ingatan dan kecergasan otak anak anda.

    Zat yang terdapat dalam telur juga boleh menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak anak anda. Cuma terlalu banyak makan telur boleh mengakibatkan masalah kegemukan dan kolestrol. Hati-hati!
4.   Kekacang
  • Kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf kanak-kanak. Selain itu, Potassium(kalium) akan memastikan fungsi tubuh dan otak berada di paras optimum.
    Kacang juga mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjdai glukosa berfungsi sebagai sumber tenaga untuk otak. Kekacang juga kaya dengan protein, sumber serat, mineral dan vitamin.

    Antara kacang yang menjadi pilihan utama para ibu bapa adalah badam. Selain itu, kacang walnut juga menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ini kerana kacal walnut yang berbentuk menyerupai otak sangat terbukti dalam meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia.

    Apa kata, kita mula gantikan dari jajan kepada kacang untuk dijadikan snek kerana ia sangat baik untuk otak.





5.   Sayur-sayuran
  • Kita semua tahu kepentingan sayur dalam peranan kesihatan tubuh badan kita. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan, mencantikkan kulit, mengawal berat badan malah membantu juga melindungi otak. Kajian juga mendapati warna yang terang di sayur juga sangat baik kerana ia menandakan kehadiran antioksida yang tinggi selain dari vitamin dan mineral. Antioksida penting untuk mengekalkan sel otak yang kuat.

    Bayam (vitamin B9) – Boleh meningkatkan memori untuk mencerdaskan otak
    Bayam (vitamin C & E) – meningkatkan sistem kognitif
    Brokoli (vitamin k) – meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak
    Biji labu (zink) – menambah memori dan kemahiran berfikir
    Buah labu & lobak merah (nutrisi & antioksida) – sel menjadi sihat dan kuat
    Lobak merah (luteolin) – Mengelakkan proses penuaan pada otak
6.   Buah-buahan
  • Buah-buahan mungkin menjadi pilihan utama ramai orang sama ada orang dewasa atau kanak-kanak. Biasakan mengajar anak anda makan buah-buahan. Ini kerana khasiat buah-buahan bukan hanya untuk badan secara fizikalnya malahan baik untuk otak juga.

    Kajian dari Universiti Tuft memdapati beri seperti strawberry, blueberry, dan ceri dapat mengelakkan kehilangan memori dalam jangka masa yang pendek bagi mereka yang mengamalkannya. Buah beri ini juga mempunyai anthocyanidins yang tinggi iaitu antioksida yang sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak. Selain itu beri juga merendahkan tanda-tanda depresi iaitu tekanan pada sel penuaan selain membantu meningkatkan keupayaan otak.

    Bual apel pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang mengandungi sel-sel otak dari kerosakan radikal bebas. Buah apel dapat merendahkan risiko Alzheimer. Semakin merah warna sebiji epal semakin tinggi antioksida yang terkandung di dalamnya.

    Limau pula terkenal kaya dengan vitamin c. Seperti, baik untuk sistem pertahanan tubuh dan mengandungi flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak. Haruman oren dan lemon boleh merangsang otak dan membangkitkan anak anda dari cepat mengantuk.

                    Pemakanan anak-anak adalah sangat penting dalam tumbesaran fizikal dan mental mereka. Anak-anak yang membesar dengan sihat dan aktif lebih cenderung mempunyai otak yang sihat dan bijak. Pemakanan memainkan peranan dalam menghubung perkembangan sel-sel dalam otak anak anda.




Jadi beri pemakanan yang baik untuk pembesaran anak anda!

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.



Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...