Skip to main content

Posts

Showing posts with the label surirumah jana pendapatan

Alang-alang Menulis Biar Sampai Jadi Duit

Tarikh : 22/02/2017 Masa : 2:02 pm Penulis : Mama Adda "Alang-alang menulis biar sampai jadi duit" Saya bersyukur kerana diberi pendedahan awal tentang tentang online business atau e-dagang pada tahun 2008.Pada waktu itu saya masih di dalam industri perbankan.Ex boss mula berkongsi dunia e-dagang.Di saat kawan-kawan terlibat dengan MLM di Kuala Lumpur saya pula mula mendaftar perniagaan di bawah nama perniagaan Estelle Couture dengan produk pertama "tudung bawal" Stok tudung bawal saya dapatkan daripada seorang kenalan.Kenalan ini berniaga tudung secara offline iaitu dari rumah ke rumah.Beliau berasal dari Kelantan.Tudung bawal adalah satu-satunya tudung sepanjang zaman.Tudung bawal mempunyai gred kain tertentu.Saya percaya ramai wanita masih ada tudung bawal yang dimiliki lebih dari 10 tahun yang disimpan sehingga kini.Beliau meminjamkan stok tudung beliau kepada saya untuk dijual.Jadi saya mula perniagaan sebenarnya tanpa modal.Saya juga mulakan perniag...