Salam. Hari ini penulis nak kongsi resepi yang sedap dan mudah untuk para ibu. Resepi ayam buttermilk versi malas macam penulis. Huhu. Jujurnya setiap kali penulis google resepi untuk masak, tak pernah penulis ikut dengan sebijik macam yang ditulis. Semua pun ikut ‘gaya dan keperluan’ untuk masak portion masing-masing. Yelah, lain orang lain bilangan ahli keluarga kan? Tak kan lah nak masak satu ekor untuk 20 orang makan. Macam tak cukup je. =D Bahan – bahan : Ayam - Bahagian dada ikut suka banyak mana. Garam – Bergantung berapa banyak ayam yang diguna. Butter – Suku dari pek Suku Pekat @ Susu Cair – Jika mahu kuah banyak guna susu cair 1 tin. Jika tak ada, susu pekat pun boleh. Dalam 3-4 sudu besar dicampur dengan air. Tepung Ayam - Bergantung juga berapa banyak ayam guna. Kebiasaan satu kotak ni boleh pakai banyak kali. Bawang putih – 3-4 ulas sudah cukup Daun kari – 2-3 tangkai Telur – 1 biji dah cukup Ca...