Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hadiah untuk isteri

Cara pujuk isteri tanpa menggunakan wang ringgit.Tak perlu membeli coklat atau bunga.

Seorang isteri tak pernah minta lebih dari kemampuan suami. Di saat dia bersedih, cukup pinjamkan bahu untuk dia bersandar, telinga untuk mendengar. Antara langkah yang boleh diambil ialah: Biarkan dia menangis sepuas hati. Jangan suruh dia berhenti. Kerana menangis itu terapi. Isteri akan lebih rasa lega walaupun masalah belum selesai kerana penat memikirkan penyelasaian untuk masalah itu telah hilang ditenggelamkan esakan tangis tadi. Peluk si dia. Peluk seeratnya usap lembut di belakang bahu dan belai rambutnya. Tak perlu kata apa2. Hanya peluk. Biarkan dia melepaskan lelahnya dia bahu mu wahai suami. Kerana dia tiada bahu lain untuk mengadu. Hanya mampu bersujud. Tidak lagi mempunyai rakan utk melepak bercerita sepertimu. Jadilah pendengar yg setia. Walau anda tidak setuju atau tiada penyelasaian masalah si dia, pabila dia bercerita, angguk dan iyakan sahaja.setelah emosi nya tenang, baru lah kalian memulakan bicara. Bagitahu isteri yang mana b...