Skip to main content

Doa ibu Tiada Hijab Untuk Anak


              Mutakhir ini banyak kisah-kisah derhaka kepada ibu dikongsi didalam facebook. Kisah teladan yang mungkin kisah benar atau hanya direka sahaja kita sendiri tidak pasti. Pastinya, menderhakai ibu bapa itu memang sesuai perbuatan berdosa besar dan boleh membawa kemurkaan daripada Allah SWT.

                Kisah ibu marah kepada anak dan mendoakan perkara-perkara yang tidak baik untuk anak juga sudah mula dikongsikan bersama. Kisah seperti untuk sungguh layak dijadikan ikhtibar. Namun, sangat dikhuatiri jika mula dijadikan contoh setelah marah ibu lain tidak reda dek kedegilan anak mereka. Maka, sebagai ibu terutamanya sentiasa ambil perhatian yang lebih tentang situasi ini.

                Tiada ibu yang tidak menyayangi anak mereka sendiri. Walau seburuk mana sikap si anak ibu tetap memaafkan dan medoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sikap ibu yang penuh dengan kesabaran sebenarnya sesuatu tugas yang sangat berat. Letih, lelah dan penat melayan kerenah anak itu sememangnya boleh menyumbag kepada kemarahan. Namun, selalunya marah ibu dan ayah itu tidak lama dan mudah reda kerana anak itu.

                Islam sendiri meningkat darjat seorang ibu sehinggakan doa seorang ibu sangat mustajab dan tiada hijabnya. Semua doa ibu untuk anak yang sama ada baik atau buruk memang mudah termakbul. Kerana itu, sikap kesabaran ibu yang sangat penting dalam melayan perangai anak-anaknya. Ibu juga manusia biasa yang punyai perasaan gembira, marah dan sedih terhadap layanan anak-anak.

                Konteks islam itu sendiri sangat menyanjungi kemulian seorang ibu yang berlelah mengandung dan membesarkan anak-anak. Lebih terbukti lagi dengan banyaknya arahan dan suruhan Allah SWT terhadap seluruh manusia agar berbuat baik kepada ibu bapa mereka. Bukan satu atau dua ayat sahaja di dalam Al-Quran menyebut betapa pentingnya berbuat baik kepada ibu bapa kerana doa mereka tiada hijabnya terutama ibu.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Qs. Luqman : 14)

Ayat al-Quran ini membuktikan betapa Allah membalas segala penat ibu mengandung dengan darjat dan kemulian yang tinggi. Doa ibu sememang tiada hijabnya. Setiap hari segala yang baik didoakan untuk anak-anaknya demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Ibu perlu membuang sejauhnya perasaan marah dan benci  kepada anak sendiri kerana perkara ini akan memudaratkan kehidupan anak tersebut.

Sememangnya kehidupan ini penuh dengan ujian. Sebagai seorang perempuan yang melalui pelbagai rintangan onak dan duri perlu bersabar dan meredhai kehidupan anak-anak walau pelbagai ujian datang melanda. Perkara ini penting demi kebahagian dan kejayaan seseorang anak itu. Para ibu sentiasa diingatkan kawal kemarahan anda dan berfikir sebelum mengeluarkan apa sahaja perkataan yang boleh membawa kemudaratan kepada anak-anak.


Doa seorang ibu bukan sahaja dari percakapannya tetapi juga dari hati. Hati ibu yang redha dengan perbuatan dan kebaikan anak terhadapnya dengan penuh keikhlasan ganjaran dan kebaikan dalam kehidupan anak itu lebih besar dari apa yang kita sangka. Mana tidaknya, kisah zaman Nabi Musa iaitu seorang pemuda yang sanggup terus membela ibu dan bapanya yang telah bertukar menjadi khinzir menjadi pengajaran dan ikhtibar paling besar sehingga hari ini. Anak muda itu dijajnjikan menjadi jiran kepada Nabi Musa di akhirat kelak. Nah! Inilah balasan yang sangat hebat buat mereka yang terus menerus mengasihi ibu bapa mereka walau apa pun kesalahan yang telah ibu bapa mereka lakukan.

Maka dapat kita simpulkan di sini doa ibu lansung tiada hijabnya. Walaupun mungkin ibu belum berdoa tetapi ibu sudah mula terasa hati maka perlahan-lahan berkat kepada anak tersebut mula hilang dan terus hilang. Semoga kita sebagai orang dewasa menjadi contoh terbaik buat anak-anak kita. Semakin baik layanan kita terhadap ibu bapa kita semakin baik jugalah layanan anak-anak terhadap kita. Semoga kita bersama mendapat balasan syurga dari Allah SWT.


"Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu"

Hubungi kami di : 019-2121 540
Dapatkan TelekungKidz Koleksi Ramadhan 2016
Srikandi Cilik


Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...