Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor.
Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.
Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.
Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak sakit warded hospital sehingga 4-5 hari) Namun alhamdulilah semua berjalan dengan lancar. Sekarang mereka telah upgrade sistem satu taman perumahan satu orang nurse. Alhamdulilah jadi tiada lagi istilah kelam kabut kena marah dengan nurse apabila terlupa tarikh temujanji.
Ok bagi yang tidak tahu untuk yang berkunjung ke klinik botanik sekiranya parking di hadapan penuh anda boleh parking di bahagian belakang klinik tersebut.
Kebiasaanya penulis memang terus ke bahagian belakang kerana lebih dekat masuk ikut pintu belakang ini kerana terus ke bahagian klinik ibu dan anak. Ini dari pintu masuk utama ke klinik ibu dan anak.
Kebiasaanya penulis memang terus ke bahagian belakang kerana lebih dekat masuk ikut pintu belakang ini kerana terus ke bahagian klinik ibu dan anak. Ini dari pintu masuk utama ke klinik ibu dan anak.
Ok sekiranya bayi anda kurang dari satu tahun percuma sahaja ya. Penulis ketika ini cucuk anak untuk setahun jadi perlu ke kaunter pembayaran terlebih dahulu. Bayaran yang dikenakan hanya Rm 1 sahaja. Jika ke klinik swasta bayaran Rm 110++ untuk satu suntikan tidak termasuk ubat demam.
Masukan buku temujanji ke dalam bakul yang disediakan. Kebiasaanya penulis memilih untuk pergi waktu petang. Jadi waktu temujanji petang terbahagi kepada dua iaitu Pukul 2 dan Pukul 3.Tunggu sehingga dipanggil dan diberikan nombor giliran.
Kemudian perlu buka baju dan pampers anak untuk timbang ya. Selepas siap timbang berat, pakaikan pampers untuk ukur lilit kepala dan tinggi baby anda.
Setelah siap kembali tunggu di luar sehingga nombor dipanggil masuk ke dalam bilik.
Nurse akan tanya perkembangan anak anda sambil mencatit untuk tunjuk graf kemajuan tumbesaran anak anda.Sangat detail dan sangat berguna maklumat yang diberi berbanding hospital swasta.
Setelah itu barulah anda diarahkan untuk ke bilik seterusnya di mana baby anda akan dicucuk. Bilik yang lain nya bukan bilik yang sama anda jumpa nurse tadi. Namun kebiasaanya nurse yang sama merekod perkembangan anak anda yang akan cucuk bayi anda.
Ya mungkin mengambil masa yang agak lama berbanding hospital swasta. Tapi bagi pandangan penulis, ianya jauh lebih berbaloi kerana jika dibandingkan dengan check up klinik swasta mereka hanya bertanya anak anda sudah pandai berbuat apa? Berlainan dengan klinik kerajaan yang mencatat lengkap perkembangan anak anda. Satu persatu dicatit. Boleh pegang objek, boleh sebut ma pa, boleh tunjuk sesuatu, berpaling ke arah bunyi? Dan bermacam-macam lagi. Malah buku bayi anda pun sangat berbeza ya dengan hospital swasta. Bukunya cukup lengkap untuk melihat sendiri perkembangan anak anda.

Salam Ramadhan Al Mubarak"
Untuk pembelian di talian sila hubungi 019-2121540 / 018-208 1746(Puan Linda)
Walk in ke Butik kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-
Gerai No. 3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang
Vendor Boutique :-
1-) Prisma Anggun,
Lot 01-150-13 Tingkat 1.
Belakang Super 99, PKNS Shah Alam
2-) Shaa Love Boutique
Lot 12630 Jalan Bunga Matahari,
45300 Sungai Besar,
Selangor
3-) SUQ Venditor Butique & Cafe
5569, Batu 4, Jalan Kapar,
Pekan Rantau Panjang,
41200, Klang, Selangor
Comments