Skip to main content

Telekung Sekolah

Tarikh : 7/11/2018
Masa : 5:19 pm
Penulis : Mama Adda


Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia.Kita baru sahaja meraikan Hari Cuti bersama keluarga sempena perayaan Deepavali.Alhamdulillah,masa bersama keluarga adalah masa paling penting bagi anak-anak kita.Setiap kali cuti pasti anak-anak akan menagih janji dengan ibu-bapa untuk membawa mereka keluar beriadah dan membeli-belah.

CEO Adda Wardrobe,Amanda El Billah pula baru sahaja bersama dengan tim MyCEO di Karnival Usahawan Cilik yang diadakan di The Strand Encorp Mall,Kota Damansara bersama Abang Firas.

Alhamdulillah,objektif tercapai dan banyak pengalaman yang dikutip di sana.Ahaaa...tetapi sebelum menyertai Karnival Usahawan Cilik pada 4 Oktober Amanda terlebih dahulu sempat 'photoshoot' bersama Uncle Fizi untuk koleksi Telekung Sekolah.




Bulan November ini ramai anak-anak sudah pun menduduki peperiksaan akhir tahun.Khabarnya tahun hadapan peperiksaan tahap akan dimansuhkan dan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.Haa..jadi CEO kita pun terlepas lah ya dari 'exam'.

Apapun tahniah kepada semua anak-anak yang telah pun buat yang terbaik dalam peperiksaan.Semoga tahun hadapan persaingan lebih sihat dalam pelajaran.Mencari ilmu itu wajib.Ilmu tanpa amal pula sia-sia.

Telekung sekolah kali ini CEO Adda gayakan hanya telekung untuk memberi idea kepada anak-anak yang ke sekolah dan perlu membawa telekung sama ada untuk solat,amali solat atau kelas asas solat.Telekung ini sebenarnya sepasang bersama kain.Adda hanya gayakan telekung bersama jubah.Jadi anak-anak boleh membawa telekung sahaja.




(Kemasan tali getah di bahagian kepala)

Kemasan tali getah pada telekung membantu anak-anak untuk lebih mudah memakai telekung tanpa perlu mengikatnya seperti kebanyakan telekung lain.


(Renda Bunga)

Telekung putih ini diserikan lagi dengan renda bunga untuk tampak lebih menarik.Kalah telekung ibu tau...kalau nak tahu harganya juga berbaloi.Hanya RM50 sahaja sepasang.Harga mampu milik untuk semua anak-anak.Sempena Program Back To School kami juga menawarkan harga istimewa untuk tujuan 'sponsor',wakaf dan sedekah.


Semoga Telekung Sekolah ini bermanfaat kepada semua anak-anak syurga kita.Untuk pembelian boleh terus wasap Mama Adda di :

 011-2897 0502

Jumpa kami di fb page Adda Wardrobe.





Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...