Skip to main content

Program Back To School -Telekung Sekolah




Program 'Back To School'
Budget 2017 telahpun berlalu namun Budget 'Back To School' untuk anak-anak tahun 2017 nanti bukanlah sesuatu yang difikirkan sekarang.Ianya sudah termasuk dalam Budget 2016 yang lepas.
Dalam ekonomi yang perlahan,keperluan persekolahan anak-anak adalah perkara utama.
Bagi yang mempunyai perancangan rapi dalam hal kewangan tahniah diucapkan.Bagi yang memerlukan,masih belum terlambat untuk memikirkan jalan keluar.
Jika anda mengetahui keluarga yang memerlukan bantuan persekolahan anak-anak boleh bantu keluarga ini dari segi perkongsian info,bantuan kewangan atau bantuan kelengkapan dan keperluan persekolahan anak-anak.
Bagi institusi seperti taska dan tadika swasta,diskaun yuran pendaftaran atau yuran bulanan juga boleh diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
Kami menyeru ibu-bapa yang masih mempunyai kelengkapan sekolah terpakai yang masih elok untuk menyumbang pakaian dan peralatan persekolahan kepada individu yang memerlukan atau salurkan kepada NGO atau kumpulan tertentu yang boleh menyampaikan barangan ini kepada golongan sasaran.
"Anak-anak nadi masa hadapan negara"




Telekung Adda

Kami berbesar hati mengeluarkan 'telekung budget' untuk anak-anak yang menjalani sesi persekolahan dari pra-sekolah hingga sekolah rendah.

Telekung Sekolah ini adalah telekung cotton putih beserta renda dan poket tengah bagi kemudahan pelajar.

Bagi Program Back To School kami menerima sumbangan dari individu untuk pemberian wakaf Telekung Sekolah.Kami menjemput anda hadir ke Majlis Penyampaian Telekung Sekolah ini.Butiran adalah seperti berikut :-

Tempat : Perkarangan MyMydin Bukit Kuda,Klang
Tarikh : 25 Disember 2016

Boleh layari fb page kami : Adda Wardrobe 


Wakaf Telekung Sekolah

Tuan/puan yang ingin menyumbang Telekung Sekolah ini boleh hubungi saya Puan Roslinda di talian 011-2897 0502.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun yang diberikan :

Maybank : 112045946297
Roslinda Arifin
roslinda.arifin@gmail.com

Senarai penerima akan kami 'update' di page Adda Wardrobe sebelum 25 Disember 2016.

Voucher akan diberikan kepada anak-anak yang layak.





Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...