Adda Wardrobe telah beroperasi secara online dari tahun 2012 dalam pengkhususan perniagaan telekung kanak-kanak.
Kami sentiasa membuka peluang kepada tuan puan yang mahu menambah pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa dengan menjadi dropship,agen atau stokist kepada produk utama kami iaitu telekung kanak-kanak.
Syarat-syarat :
1) DROPSHIP
Yuran dropship - TIADA
Boleh daftar terus sebagai dropship kami.Maklumkan nama,no hp dan alamat untuk pendaftaran dropship.
Komisyen sebanyak 10% diberi bagi setiap produk yang dijual.
Dropship hendaklah menggunakan nama "Adda Bella" bagi setiap iklan yang dipamerkan.
Contoh : Telekung Putih - Adda Bella ,Jubah Putih -Adda Bella,Khimar-Adda Bella
Urusan pengeposan kepada pelaggan daripada tarikh bayaran selepas pukul 2.00 petang setiap hari dikira 48 jam selepas bayaran.
Dropship akan diberi Tracking Number dalam masa 24 jam untuk memudahkan servis dropship kepada pelanggan.
2) AGEN
Yuran agen -TIADA
Agen hendaklah mendaftar sebagai agen.
Agen perlu membuat pembelian telekung,jubah atau khimar minima 30 pasang.Agen boleh melantik dropship dan menguruskan pengeposan sendiri.
HQ akan membantu pengeposan untuk agen sekiranya diperlukan.
Komisyen agen mengikut skala pembelian produk bermula dari 30 pasang pertama.
1) Komisyen 1 - 30 pasang
2) Komisyen 2 - 60 pasang
3) Komisyen 3 - 90 pasang
4) Komisyen 4 - 91 pasang dan ke atas
Agen hendaklah menguruskan kumpulan dropship dan produk yang dibeli dengan baik.Pihak HQ tidak bertanggungjawab ke atas jualan agen.
Agen perlu menggunakan nama "Adda Bella" pada setiap produk yang dijual.
3) Stokist
Yuran stokist - RM250
Stokist hendaklah mendaftar sebagai stokist.
Minima pembelian adalah 100 pasang.
Stokist perlu mempunyai premis jualan seperti butik atau kiosk.
Stokist akan diberi 'backup stock' sebanyak 20% daripada jumlah pembelian tanpa bayaran setiap 2 minggu.
Servis penghantaran ke premis adalah PERCUMA.
Marketing tools seperti bunting dan flyers akan diberikan.
Packaging seperti plastik dan kotak disediakan.
Stokist perlu menggunakan nama "Adda Bella" pada setiap produk yang dijual.
Sila hubungi :
Roslinda Arifin
011-2897 0502
***Terma dan syarat sebagai rakaniaga akan diberikan***
Comments