Skip to main content

Telekung Putih / Telekung Sekolah Untuk Simulasi Haji Cilik

Tarikh : 14/03/2017
Masa : 10:25 a.m
Penulis : Mama Adda


Assalamualaikum tuan / puan yang budiman,

Terima kasih singgah di blog Mama Adda.Kali ini Mama Adda nak 'share' apa itu Simulasi Haji Cilik yang setiap tahun diadakan.

Sebagai 'saudagar telekung kanak-kanak' setiap tahun pasti ada sahaja permintaan dari ibu-bapa yang mencari 'Telekung Putih' untuk anak mereka.Anak-anak pra-sekolah kebiasaannya sudah pun mempunyai telekung yang menarik dari segi warna dan corak.Malangnya untuk Program Simulasi Haji Cilik hanya Telekung Putih dibenarkan.

Mulalah si ibu sibuk mencari Telekung Putih,tetapi jangan risau kerana Telekung Putih sentiasa ada stok dari kami.Google sahaja pasti jumpa Mama Adda di sini.



Simulasi Haji Cilik adalah satu program yang dianjurkan untuk kanak-kanak pra sekolah berusia dari 4 hingga ke 6 tahun.Program ini kebiasaannya dianjurkan oleh PERTIM,agensi dan Masjid Negeri Shah Alam bagi negeri Selangor.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan sebenar suasana mengerjakan haji di Mekah dengan anak-anak kecil mempraktikkan sendiri rukun haji semasa program dijalankan dibimbing oleh guru-guru dan sukarelawan.

Kanak-kanak berasa seronok kerana dapat memahami apa itu mengerjakan Haji di Mekah kerana ada di antara mereka yang tahu ibu,bapa atau datuk dan nenek yang telah pergi ke sana.Ini menanam cita-cita pada anak-anak kecil untuk pergi ke Mekah satu hari nanti.


(Gambar : Sumber Google)

Di Taska dan Tadika anak-anak telah diajar asas solat,asas bacaan Al-Quran,kelas Iqra' dan pelajaran Pendidikan Islam.

Menunaikan Haji adalah salah satu rukun Islam.Kanak-kanak sudah tentu dapat mendalami dan memahami sendiri bagaimana rukun Haji dilaksanakan.Yang pasti anak-anak sangat gembira kerana di sini mereka diraikan sebagai Haji Cilik.

Semua urusan menunaikan Haji mereka alami sendiri dari pendaftaran sehinggalah mereka sampai ke Mekah lalu menunaikan Haji.

Ramai kawan-kawan baru dengan pakaian yang sama datang memeriahkan program ini.Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.


(Telekung Cotton Smocking Putih)


(Telekung Lycra Putih)


(Sejadah Putih)

Bagi pengusaha taska dan tadika yang berminat untuk dapatkan telekung putih sebagai Kit Solat dan keperluan Simulasi Haji Cilik yang biasanya diadakan sekitar bulan sebelum musim Haji nanti boleh hubungi sendiri Mama Adda di 011-2897 0502

Ibu bapa juga boleh terus membuat pembelian melalui blog,fb atau Insta Mama Adda.Terus whatsapp sahaja ke nombor 011-2897 0502.

Istimewa bagi Simulasi Haji Cilik nanti Mama Adda cadangkan Telekung Putih / Telekung Sekolah Adda Bella yang cantik dan selesa.Ada poket di tengah dengan zip sorok.Sesuai bagi anak-anak untuk program Simulasi Haji Cilik dan digunakan sepanjang tahun.




"Telekung Adda Bella"






Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...