Skip to main content

Adda Wardrobe X An-Najwa


Tarikh : 13/03/2018
Masa : 10:48 a.m
Penulis : Mama Adda


TELEKUNG POKET ZIPPER adalah inspirasi Telekung Poket yang direka untuk anak yang perlukan tempat untuk simpan barang semasa solat. Sesuai untuk ke sekolah atau semasa travel.
.
Telekung kanak-kanak  dari  ADDA WARDROBE X AN-NAJWA ini menggunakan material  COTTON  sesuai sebagai telekung pertama mereka. 
.
Anak-anak pasti selesa dengan fabric dan jahitan tali bergetah di kepala

KELEBIHAN TELEKUNG POKET ZIPPER
  • Material yang digunakan dari material cotton  yang ringan
  • Telekung ini dikemaskan dgn poket berzip untuk simpan cermin mata, duit sedekah bila ke masjid. Sesuai untuk musim Ramadhan akan datang
  • Hujung tepinya dengan lace halus sebagai hiasan
Akses poket di bahagian depan telekung memudahkan untuk menyimpan dan mengambil barang simpanan tanpa perlu menyelak telekung.
Mempunyai tali pengikat bergetah di kepala (boleh pakai sendiri).
- Sesuai untuk digunakan untuk ibadah harian, ziarah, umrah dan haji dan juga ketika melancong.
-Awning Yang selesa dan Melekap di muka dan lapik lining Dalam yang labuh.

  • Bahagian muka yg terletak mengikut bentuk muka sesiapa shj yg memakainya. Tak kira besar atau pn muka kecil. Sebab kemasan di dahi menggunakan getah.
  • Dikemaskan dengan getah di kain supaya MUDAH dipakai anak-anak
  • Jahitan sgt kemas.Kualiti jahitan butik. Kalau ada defect atau tak puas hati boleh return balik.

SAIZ / UKURAN / UMUR
Tudung ini dihasilkan dengan 2 saiz:
Saiz XS 1 tahun - 2 tahun 
- Labuh depan: 25 inci
- Labuh belakang: 27 inci
- Labuh kain: 28 inci
- Zip khas: 8 inci

Saiz S (Cadangan umur 3 - 4 tahun)
- Labuh dari dagu: 29 inci
- Labuh belakang: 30 inci
-  Labuh kain: 29 inci
- Zip khas: 8 inci

JAMINAN 180 HARI

*Setiap produk yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

*Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar / dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.com.








Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...