Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan rakan niaga yang memberi sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang pembabitan saya dalam industri pakaian kanak-kanak.
(Size SS / S / M)
Bermula dengan telekung kanak-kanak saya menambahbaik produk sedia ada sehinggalah terpanggil untuk menjual tudung sekolah.Tudung sekolah zaman kita dulu ada yang selapis,ada yang dua lapis.Ada yang diperbuat dari material kain yang nipis dan jarang,ada juga yang sejuk dan selesa.Bermula dengan penggunaan kain lycra dalam menghasilkan telekung,kini tudung sekolah juga dihasilkan dari material yang sama.Lycra mempunyai gred tertentu dan warna putih yang pelbagai seperti putih nila dan putih mutiara.
(Sila masukkan kod ini bagi tujuan pembelian :Tudung Sekolah - Kod 518-11 Size S RM16.50)
Kami memilih warna putih nila sebagai pilihan utama untuk menghasilkan tudung sekolah pada hari ini.Bagi membantu ibu-ibu yang sibuk bekerja,tudung sekolah semestinya mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan kehendak ibu dan anak sekaligus.Bagaimana itu berlaku?
(Sila masukkan kod ini bagi tujuan pembelian :Tudung Sekolah - Kod 518-11 Size SS RM16.50)
Dari hasil kajiselidik yang kami buat kepada sekumpulan ibu,kami dapati ibu-ibu mempunyai beberapa masalah yang perlukan penyelesaian.Berikut adalah dia antara maklumbalas yang kami perolehi :-
- Ibu bekerja sibuk,balik lambat dan kadang terlupa dalam hal urusan anak-anak,membasuh tudung sekolah memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi untuk seorang ibu yang bekerjaya.Nampak seperti mudah.Katakanlah anak mempunyai dua pasang sahaja tudung sekolah,ibu perlu membasuh tudung setiap hari.
- Anak yang bersekolah rendah belum sempurna dari segi urus diri.Mereka beraktiviti lasak di sekolah,makanan tumpah,kotoran lain-lain menyebabkan tudung cepat lusuh.
- Tudung material sejuk diperlukan dalam cuaca yang tak menentu.
- Jika tudung awning keras,susah untuk dijaga.Awning akan berkelepet jika dibasuh menggunakan mesin basuh.Sudah tentu pilihan ibu ialah tudung yang boleh dimasuk terus ke dalam mesin,bukannya cucian tangan.
- Warna tudung yang putih nampak kotor.Pilihan ibu adalah untuk tidak 'menila' tudung sekolah macam zaman dulu-dulu.
Solusi dari maklumbalas ibu-ibu di luar sana,maka kami memperkenalkan Tudung Sekolah Soft Awning untuk anak-anak anda.
Bagaimana untuk mendapatkan tudung ini.Anda boleh terus order isikan maklumat di dalam 'Order Form' mengikut saiz seperti di bawah :-
S / SS : RM16.50
M : RM17.50
Postage : RM6 (untuk 6 helai ke bawah)
Nota : Anda boleh menukar saiz dan pulangkan kepada kami jika tidak berpuashati dengan syarat KOS POSTAGE anda yang tanggung.
Mudahkan?Itulah jaminan kami.
Kami sentiasa mengharapkan untuk memberi hanya yang terbaik.
Terima Kasih atas sokongan anda.
Doakan perniagaan kami terus berjaya.
Wasalam.
Roslinda Arifin
WA : 011-2897 0502
Adda Global Venture
(Adda Wardrobe)
(Adda Wardrobe)
Comments