Skip to main content

Tudung Sekolah Lycra -Soft Awning Putih Nila,Biru,Pink

Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan rakan niaga yang memberi sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang pembabitan saya dalam industri pakaian kanak-kanak.



(Size SS / S / M)


Bermula dengan telekung kanak-kanak saya menambahbaik produk sedia ada sehinggalah terpanggil untuk menjual tudung sekolah.Tudung sekolah zaman kita dulu ada yang selapis,ada yang dua lapis.Ada yang diperbuat dari material kain yang nipis dan jarang,ada juga yang sejuk dan selesa.Bermula dengan penggunaan kain lycra dalam menghasilkan telekung,kini tudung sekolah juga dihasilkan dari material yang sama.Lycra mempunyai gred tertentu dan warna putih yang pelbagai seperti putih nila dan putih mutiara.

(Sila masukkan kod ini bagi tujuan pembelian :Tudung Sekolah - Kod 518-11 Size S RM16.50)

Kami memilih warna putih nila sebagai pilihan utama untuk menghasilkan tudung sekolah pada hari ini.Bagi membantu ibu-ibu yang sibuk bekerja,tudung sekolah semestinya mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan kehendak ibu dan anak sekaligus.Bagaimana itu berlaku?

(Sila masukkan kod ini bagi tujuan pembelian :Tudung Sekolah - Kod 518-11 Size SS RM16.50)

Dari hasil kajiselidik yang kami buat kepada sekumpulan ibu,kami dapati ibu-ibu mempunyai beberapa masalah yang perlukan penyelesaian.Berikut adalah dia antara maklumbalas yang kami perolehi :-

  • Ibu bekerja sibuk,balik lambat dan kadang terlupa dalam hal urusan anak-anak,membasuh tudung sekolah memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi untuk seorang ibu yang bekerjaya.Nampak seperti mudah.Katakanlah anak mempunyai dua pasang sahaja tudung sekolah,ibu perlu membasuh tudung setiap hari.
  • Anak yang bersekolah rendah belum sempurna dari segi urus diri.Mereka beraktiviti lasak di sekolah,makanan tumpah,kotoran lain-lain menyebabkan tudung cepat lusuh.
  • Tudung material sejuk diperlukan dalam cuaca yang tak menentu.
  • Jika tudung awning keras,susah untuk dijaga.Awning akan berkelepet jika dibasuh menggunakan mesin basuh.Sudah tentu pilihan ibu ialah tudung yang boleh dimasuk terus ke dalam mesin,bukannya cucian tangan.
  • Warna tudung yang putih nampak kotor.Pilihan ibu adalah untuk tidak 'menila' tudung sekolah macam zaman dulu-dulu.
Solusi dari maklumbalas ibu-ibu di luar sana,maka kami memperkenalkan Tudung Sekolah Soft Awning untuk anak-anak anda.

(Sila masukkan kod ini bagi tujuan pembelian :Tudung Sekolah - Kod 518-11 Size M RM17.50)

Bagaimana untuk mendapatkan tudung ini.Anda boleh terus order isikan maklumat di dalam 'Order Form' mengikut saiz seperti di bawah :-

S / SS : RM16.50
M : RM17.50
Postage : RM6 (untuk 6 helai ke bawah)



Nota : Anda boleh menukar saiz dan pulangkan kepada kami jika tidak berpuashati dengan syarat KOS POSTAGE anda yang tanggung.

Mudahkan?Itulah jaminan kami.

Kami sentiasa mengharapkan untuk memberi hanya yang terbaik.

Terima Kasih atas sokongan anda.

Doakan perniagaan kami terus berjaya.

Wasalam.

Roslinda Arifin
WA : 011-2897 0502
Adda Global Venture
(Adda Wardrobe)



Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...