Skip to main content

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut.

Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah.

Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-

 a) Kategori keibubapaan (parenting)

Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut.

b) Kategori komunikasi (communication)

Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program atau aktiviti di sekolah dan memaklumkan berkenaan dengan kemajuan kanak-kanak melalui proses komunikasi yang berkesan.

Komunikasi ini termasuklah komunikasi dua hala yang berlaku dari semasa ke semasa antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti.

c) Kategori kesukarelawanan (volunteerism)

Pihak sekolah kebiasaannya mengelolakan bantuan ibu bapa di sekolah atau mewujudkan pasukan sukarelawan untuk membantu pihak sekolah.

Aktiviti kesukarelawanan tersebut melibatkan semua aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah.

d) Kategori pembelajaran di rumah (learning at home)

Sekolah membekalkan idea kepada ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka dalam aktiviti pembelajaran di rumah. Jenis penglibatan ini biasanya mempengaruhi pencapaian serta perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

e) Kategori kepemimpinan (leadership)

Sekolah melatih ibu bapa untuk menjadi pemimpin.Ibu bapa kebiasaannya mengambil bahagian dalam pentadbiran dan juga penjagaan anak-anak. Jenis penglibatan ini dianggap sebagai paling bermakna tetapi agak sukar diamalkan di kebanyakan sekolah.

f) Kategori kolaborasi dengan komuniti

Sekolah mewujudkan kerjasama dengan komuniti dan juga masyarakat setempat. Kerjasama ini perlu membawa kebaikan kepada pihak yang terlibat supaya kebaikan tersebut dapat dinikmati dan dicapai bersama-sama.

Sumber Rujukan :-

KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI PRASEKOLAH 
Paezah Abd. Halim Faridah Yunus Universiti Kebangsaan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...