Salam, Masih ingat zaman kanak-kanak kita dulu di kampung?Paling saya ingat ialah semasa mengorek tanah di bawah rumah (rumah kampung dulu bertiang jadi ada 'bawah rumah'). Dulu kita tak guna plastisin atau 'doh',kita korek je tanah bawah rumah yang lembik dan sejuk,uli jadikan apa sahaja yang kita suka.Uli dan bentuk jadi ',doughnut',lesung batu,pinggan dan macam-macam lagi.Lepas tu jemur di bawah panas matahari.Seronok sangat. Kepentingan BERMAIN bagi seorang kanak-kanak :- Ada banyak cara mendidik anak supaya menjadi insan berguna dunia dan akhirat.Pendidikan agama sejak kecil adalah faktor penting ke arah itu. Selain itu,Islam memberi panduan berguna kepada ibu bapa bagi membentuk anak yang mempunyai kecerdasan dan kecergasan ketika dewasa kelak. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bermaksud :”Kegemaran,permainan dan kelincahan gerak seorang anak pada waktu kecil akan mempertajamkan pemikirannya ketika dewasa” (Hadis Riwayat At-Tirmizi...