Salam,
Alhamdulillah,syukur masih diberi kesempatan bernafas di
bumi Allah.Tanggungjawab sebagai khalifah Allah belum selesai lagi.Seminar
‘Rahsia Mendidik Anak Hebat’ masih terkesan di minda saya sebab saya datang ke
sana dengan niat dan masalah.Rasanya sama seperti peserta lain.Rata-rata
mencari peluang bersemuka dengan Ibu Ros sebab nak beri peluang pada diri
sendiri yang mungkin ‘stuck’ dengan masalah keibu-bapaan.
Emosi saya sendiri kadang-kadang terganggu bila ada beberapa
topik yang disentuh terkena pada batang hidung sendiri.Apatah lagi saya jarang
meninggalkan anak atas alasan lain selain alasan ‘kerja’ 9-5 setiap hari.Semasa
dalam seminar asyik teringat anak-anak di rumah.Antara yang membuatkan saya
menitiskan airmata ialah bila terasa yang kita ibu-bapa sentiasa buat silap
dalam membesarkan anak-anak.Kita ganggu emosi mereka dengan masalah kita
sendiri.Balik kerja lewat,buat business yang memerlukan komitmen,ada juga yang
sambung belajar dan macam-macam alasan yang kita sebenarnya secara tak langsung
telah ambil hak masa berkualiti dengan mereka.
Saya sangat bersyukur kerana saya antara ibu-bapa yang sedar
awal akan kepentingan ilmu ‘parenting’.Anak saya baru berusia 2 dan 4
tahun.Kalau ada silap masih sempat untuk terus belajar dan memperbaiki
kesilapan.Yang pastinya sekali-sekala kena hadir majlis ilmu macam ni.
Hebat sungguh aturan
Allah kerana di seminar ini saya jumpa ini :
Dalam Part II ini saya kongsi dulu stage pertama “Unconcious
Incompetence”(tak sedar apa yang dia tak tahu).Nampak senang difahami tapi saya
sendiri kesal sebab dengan kesibukan mencari rezeki di bumi Allah,saya lupa
anak-anak masih kecil dan banyak sebab yang perlu saya jelaskan pada mereka
kerana mereka “tidak sedar apa yang mereka tidak tahu”.Kita ibu-bapa yang
sentiasa kena bagitau sebab dan kenapa pada sesuatu tindakan yang mereka
lakukan.
Saya sendiri banyak membaca topik keibu-bapaan.Dalam ilmu
‘parenting’ pelbagai pendekatan digunakan.Kita mempunyai ramai ilmuan dan
cendikiawan yang mempunyai pelbagai pendapat berbeza.Pada saya tiada pendapat
yang salah Cuma bagaimana kita mengaplikasikan sesuatu pendapat itu.
Saya ingin berkongsi tentang pendekatan tidak menggunakan
perkataan “Jangan” kepada anak-anak.Contohnya “jangan berlari”.Jangan ini
hendaklah ditukar kepada arahan lain seperti “Lari perlahan”.”Jangan berebut”
ditukar kepada “main bergilir-gilir” dan beberapa contoh lain yang saya akan
kongsi dalam tajuk yang lain.
Saya sendiri menggunakan pendekatan ini tetapi pada saya tidak
semua perkara kita perlu membuang perkataan JANGAN.Bagi saya ada sesetengah
perkara NO is NO.Apabila kita berkata JANGAN,secara positifnya anak akan
menggunakan kreativitinya untuk membuat perkara lain daripada yang dilarang
buat.
Ada juga yang berpendapat bila dilarang anak-anak akan terus
buat tetapi kita ubah kepada menyuruh.Contoh “Jangan panjat” kepada “Panjatlah
lagi”.
Di sinilah pada saya pentingnya kita sedar stage pertama
iaitu “Unconcious Incompetence” di mana kita perlu memberi info kepada anak
atas semua sebab dan kesan yang akan berlaku atas tindakan mereka walaupun
mereka boleh belajar ini semua dari pengalaman mereka sendiri nanti.Contohnya
apabila kita larang anak berlari “Jangan lari,nanti jatuh” dan anak terus berlari
dan tiba-tiba anak betul-betul terjatuh.Perkara biasa yang saya dengar dan
kadang-kadang saya juga ‘tercakap’ ialah “kan mama dah cakap tadi jangan
lari,kan dah jatuh”.Memang sukar untuk kita mengubah cara membesarkan anak-anak
kerana kita dididik dengan cara yang berbeza pada zaman kita.
Semua pendekatan ini akan berjaya hanya apabila kita
mempunyai ikatan atau hubungan yang kuat dengan anak-anak.
Ibu Ros berkongsi
pula ayat ini “You make a mistake, but you are importance to me”.Saya sebak
lagi sebab saya rasakan terlalu banyak perkataan dan ayat saya perlu TUKAR
sebelum terlambat.Saya ajukan soalan pada Ibu Ros “bagaimana untuk tukarkan
ayat ini kepada anak yang berumur 2 tahun”.Perkataan dan ayat yang kita gunakan
pada anak sangat mempengaruhi mereka.Hati saya waktu ini terkenangkan anakanda
Adda.Adda berumur 2 tahun dan sifat kanak-kanak 2 tahun adalah
‘egosentric’.Mereka tidak boleh berkongsi dan selalunya akan mempertahankan apa
sahaja milik mereka.
Ibu Ros berkongsi satu ayat “You are my little helper, I
really appreciate” dan ayat ini akan terus menolong saya.Saya sendiri mempunyai
‘bonding time’ yang istimewa dengan Adda untuk beritahu yang dia adalah anak
perempuan pertama,anak nombor dua dan dia adalah perempuan.Inilah rezeki
anugerah Allah yang saya syukuri iaitu sepasang anak lelaki dan
perempuan.Setiap darinya istimewa dan mempunyai peranan yang kuat
masing-masing.Dan peranan itu saya terapkan dari kecil.
Alhamdulillah,syukur kerana terlalu banyak ‘reminder’ saya
dapat dalam seminar kali ini.
In Shaa Allah saya akan kupas lagi “Rahsia Mendidik Anak
Hebat” di Part III.
Salam sayang.
Comments