Bismillahirrahmanirrahim,
Salam.
Hari Sabtu 1 Nov 2014 yang lepas saya pergi ke satu perkongsian hebat dari Ibu Ros (Prof.Dr.Rozieta Shaary) yang diadakan di Seminar Room PPAS (Perpustakaan Awam Selangor).Bermula dari 2.00 hingga 5.30 petang.
Syukur,Alhamdulillah,terima kasih kepada kenalan yang 'forward' info ini melalui whatsapp.Saya pula forwardkan pada group lain.Akhirnya saya pergi berteman.Teman sekolah yang dulunya duduk satu kelas pun ikut sama.
Lepas kerja hari Sabtu tu saya bergegas keluar sebab sebelum ke seminar nak settlekan urusan bank.Hujan mula turun.Hati gelisah takut lambat.Sampai di Seminar Room lewat 10 minit.Alhamdulillah sampai juga dan seminar belum bermula.
Masuk je bilik seminar saya terharu,yang hadir rupanya adalah kelompok kecil.Kehadiran kurang dari 30 orang.Saya hanya bayar RM50 untuk seminar Ibu Ros.Beberapa tahun lepas,saya pernah jumpa flyers seminar Ibu Ros,dah tentu saya nak pergi masa tu tapi disebabkan fee yang agak tinggi dan bukan musim gaji,saya tangguhkan.Niat dalam hati,pasti satu hari saya akan jumpa juga beliau.Hebatnya aura seorang ibu.Seorang anak pasti akan mencari ibunya.Ya,saya sangat suka topik 'parenting'.
Sesi dimulakan dengan ucapan TAHNIAH untuk diri sendiri kerana berjaya sampai ke seminar ini walaupun meredah hujan dan ada yang lambat.(Saya pun wajib terasa).Dalam hati,mama nak fokus 3 jam ni walaupun teringat anak-anak yang ditinggalkan.Sebagai bonus dah janji dengan anak-anak nak pergi jalan-jalan lepas mama balik dari kelas nanti.
"MASA ADALAH KEHIDUPAN".Ibu Ros mulakan dengan topik masa.Ya,masa adalah kehidupan.Saya setuju sangat.Saya sendiri mengatur masa untuk buat banyak perkara.Antara tanggungjawab dan perkara yang kita suka buat.Lepas habis seminar nanti nak berkejar ke Shaklee office,ambil stok.Masa oh masa,sangat singkat sehingga terpaksa gunakan hanya untuk yang bermanfaat.
Kami diberi peluang kenalkan diri sesama kami dengan berjabat tangan dengan ahli seminar yang lain.Semuanya para ibu dan tak lupa juga beberapa orang ayah.Wah,hebat ayah yang datang hari ini.Syukur sebab ambil tanggungjawab mencari ilmu demi anak-anak.
Ibu Ros minta kami tulis SATU soalan dan soalan itu dibacakan kepada kawan yang duduk di sebelah meja.Soalan saya : Bagaimana mengawal emosi marah terhadap anak?
Soalan saya ni memang dari hati sebab sejak kebelakangan ini saya stress dan kerap marah anak-anak.Saya sendiri tahu kenapa saya stress dan saya perlu muhasabah diri.Hadir ke seminar ini adalah sesi muhasabah diri paling beruntung sebab dapat jumpa orang yang berilmu dan hebat.
Orang sebelah saya pun dah siap satu soalan.Ibu Ros buka 8 soalan untuk ditanyakan kepada beliau dan yang pasti saya nak soalan saya menjadi antara kupasan beliau hari ini.Cepat ANGKAT TANGAN tingi-tinggi.
Alhamdulillah ; seminar dengan group yang kecil,senang Ibu Ros nampak.Saya ajukan soalan saya pada Ibu Ros dan reaksi beliau kepada soalan saya "Satu soalan yang bagus".
Jawapan pada soalan saya ada di 21 Days : SABAR Challenge yang beliau akan'open' di page fb beliau -Prof.Dr Rozieta Shaary.Indahnya aturan Allah,seminar yang singkat ini menemukan saya dengan jawapan yang saya cari.
Berikut antara soalan dari peserta seminar : (saya buat dalam bahasa mudah faham)
1) Bagaimana buat anak konsisten?
2) Bagaimana mengawal perasaan marah pada anak?
3) Anak remaja ada gap dengan ibu bapa.Bagaimana untuk buang gap tersebut?
4) Anak utamakan kawan-kawan.Bagaimana atasi?
5) Anak cepat stress.Bagaimana atasi?
6) Bagaimana buat anak fokus?
7) Bapa susah ajak anak solat.Bagaimana nak approach anak ajak buat kebaikan?
8) Different approach of parenting between spouse.Antara ayah ATAU ibu?
Semua yang hadir saya rasa bawa 1001 satu soalan ke seminar ini.Ibu Ros mula menjawab SATU PERSATU tidak secara terperinci tetapi di sepanjang seminar ini masih menjawab semua soalan dengan pelbagai cerita dan kesimpulan.
In Shaa Allah saya akan kongsikan di entri yang lain.
Salam sayang,
Comments