Skip to main content

Panduan Didik Anak jadi Bijak

Salam,

Masih ingat zaman kanak-kanak kita dulu di kampung?Paling saya ingat ialah semasa mengorek tanah di bawah rumah (rumah kampung dulu bertiang jadi ada 'bawah rumah').

Dulu kita tak guna plastisin atau 'doh',kita korek je tanah bawah rumah yang lembik dan sejuk,uli jadikan apa sahaja yang kita suka.Uli dan bentuk jadi ',doughnut',lesung batu,pinggan dan macam-macam lagi.Lepas tu jemur di bawah panas matahari.Seronok sangat.

Kepentingan BERMAIN bagi seorang kanak-kanak :-

Ada banyak cara mendidik anak supaya menjadi insan berguna dunia dan akhirat.Pendidikan agama sejak kecil adalah faktor penting ke arah itu.

Selain itu,Islam memberi panduan berguna kepada ibu bapa bagi membentuk anak yang mempunyai kecerdasan dan kecergasan ketika dewasa kelak.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bermaksud :”Kegemaran,permainan dan kelincahan gerak seorang anak pada waktu kecil akan mempertajamkan pemikirannya ketika dewasa” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Dalam hadis di atas,Rasulullah memberikan panduan cara untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang bijak.

Kanak-kanak hendaklah digalakkan melakukan permainan atau kegiatan kegemaran yang mampu mencergaskan fizikal dan minda mereka.

Mereka tidak sepatutnya dikongkong daripada melakukan kegiatan berfaedah.Ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak hanya belajar.

Imam Al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulumuddin,Bahagian V,Bab Mengubati Penyakit Hati berkata :”Hendaknya anak-anak kecil diberi kesempatan bermain.Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya,mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu.”

Dalam hal ini,biarlah anak-anak kecil bebas melakukan apa yang mereka suka,asalkan tidak memudaratkan diri dan orang lain serta orang lain serta berfaedah untuknya.Kegiatan itu juga dipastikan agar tidak melanggar syariat Islam.


Dengan cara itu,mereka dapat menikmati kehidupan zaman kanak-kanak dengan tenang.Ini adalah kerana zaman yang ditinggalkan itu tidak akan dapat diulangi lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

In Shaa Allah saya akan kupas isu dalam tajuk 'Bermain Sambil Belajar' di entri yang lain.

Jumpa lagi.

Salam sayang.

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...