Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adakah anak anda seorang yang cerewet makan,tidak mempunyai selera makan atau kurang makan.Ini adalah di antara dilema seorang ibu yang lazimnya dihadapi oleh para ibu yang baru mempunyai seorang atau dua anak.
Adakah anak anda seorang yang cerewet makan,tidak mempunyai selera makan atau kurang makan.Ini adalah di antara dilema seorang ibu yang lazimnya dihadapi oleh para ibu yang baru mempunyai seorang atau dua anak.
Para ibu masa kini telah banyak didedahkan dengan ilmu pemakanan yang baik dan seimbang bermula dari trimester pertama bagi menjaga kesihatan diri dan bayi yang dikandung.Apabila anak mencecah usia setahun dan telah mula cerewet makan,pelbagai usaha dilakukan oleh para ibu untuk mengembalikan selera makan anak-anak termasuklah pengambilan supplemen kesihatan.
Mari kita baca petikan artikel dari : Dr.Tee E Siong,Presiden Pemakanan Malaysia.
Kanak-Kanak Tidak Memerlukan Supplemen Kesihatan Tambahan
Memastikan anak anda makan secara sihat adalah penting kerana dia akan mendapatkan semua nutrient yang diperlukan melalui diet yang seimbang,sederhana dan pelbagai.Secara ringkasnya,anak anda tidak memerlukan supplemen kesihatan jika dia makan secara betul.Supplemen kesihatan tidak boleh menggantikan makanan yang berkhasiat dan tidak harus digunakan sebagai pengganti diet yang tidak sihat.
Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat disyorkan bagi memenuhi
keperluan pemakanan anda.Penekanan kepada kepentingan tabiat pemakanan asas
yang lebih baik pada anak anda adalah jauh lebih baik dalam jangka masa
panjang;ia harus dimulakan sejak kecil supaya ia akan menjadi satu kebiasaan.
Nutrien-nutrien yang diperlukan oleh anak anda harus
diperolehi daripada makanan.
Fokus kepada pemakanan yang betul.
Asas-asas pemakanan yang sihat bermaksud diet anak anda
harus merangkumi makanan berikut berdasarkan Piramid Makanan Malaysia:
-Bijirin penuh dan produk bijirin
-Buah-buahan dan sayur-sayuran
-Ikan,daging tanpa lemak,ayam dan telur
-Susu dan produk tenusu.
Berikut adalah jenis-jenis makanan yang harus dihadkan
sebanyak mungkin:
-Minuman yang tinggi kandungan gula seperti minuman
berkarbonat,cordial,dan minumam buah-buahan.
-Makanan yang mengandungi gula yang tinggi seperti kek dan
kuih-muih
-Makanan yang berlemak seperti sosej dan makanan bergoreng
-Hidangan dan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
seperti nasi dan mee goring,hidangan mee dan mee kari
-Makanan yang tinggi garam seperti sos dan perasa
makanan,ikan masin dan daging yang telah diproses (sosej,burger,nugget)
Menanam tabiat makanan yang sihat
Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan tetap
berdasarkan cadangan di atas,anak anda akan mendapatkan semua tenaga dan
nutrient yang diperlukan,termasuk vitamin dan mineral.Diet yang seimbang dan
pelbagai juga akan membekalkan fitonutrien yang berguna untuk anak anada.
Jika anak anda mempunyai selera yang kurang baik,makan pada
masa yang tidak tetap,cerewet makan,atau selalu melangkau waktu makan,pastikan
bahawa anda mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memperbaiki keadaan ini.
Menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat
Bantu anak anda memahami makanan yang sihat dengan
mengajarnya tentang makanan.Tip-tip berikut boleh membantu anak anda untuk
lebih memahami tentang makanannya:
-Galak anak anda membantu anda memasak apabila mereka mula
menunjukkan minat.Ajari mereka persediaan hidangan yang mudah dan sihat.
-Galak anak-anak yang lebih tua untuk membantu anda semasa
membeli-belah.Gunakannya sebagai peluang untuk mengajar mereka membaca label
makanan.
-Tunjukkan pelbagai jenis kumpulan makanan yang dihidangkan
di atas meja makan.Jadikan penamaan kumpulan makanan ini sebagai satu permainan
untuk mendidik anak-anak anda.
-Tanam herba atau sayur-sayuran di halaman belakang rumah
anda atau dalam pasu di anjung belakang.Galak anak-anak anda menjaga tanaman
mereka sendiri.
Berpegang kepada prinsip asas
Daripada bergantung kepada supplemen kesihatan,tumpukan
perhatian untuk membantu anak makan secara sihat.
Sekiranya anda mengamalkan tabiat/amalan pemakanan yang
tidak sihat,kemungkinan besar anak anda akan mengikut tabiat anda ini dan akan
mengamalkan tabiat ini apabila dia menjadi dewasa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daripada petikan artikel di atas jelas menunjukkan tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan makanan terbaik untuk anak-anak dan mengamalkan tabiat atau amalan pemakanan yang sihat.
Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk membantu anak-anak memahami tabiat pemakanan yang betul,sihat dan seimbang.
Pengambilan supplemen kesihatan adalah salah satu usaha atau ikhtiar tetapi bukan untuk bergantung sepenuhnya kepada pengambilan supplemen sebagai ganti sumber pemakanan anak anda.
Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah dalam pemakanan anak anda,boleh hubungi saya untuk info lanjut ;
Roslinda Arifin
SID (Shaklee Independent Distributor)
Klang dan Shah Alam dan seluruh Malaysia
WA : 019-2121 540
Comments