Skip to main content

Penjagaan Oral Untuk Kanak-Kanak

Salam,

Jom saya kongsikan artikel ini untuk bacaan para ibu bapa.Semoga bermanfaat.

Penjagaan Oral Untuk Kanak-Kanak

Kebersihan mulut adalah satu komponen asas kesihatan pergigian sepanjang hayat anak anda.Kebersihan oral yang tidak baik boleh menyebabkan anak anda mengalami jangkitan,kesakitan dan ketidakselesaan,kesukaran makan dan masalah pertuturan.Anda boleh memainkan peranan utama dalam memupuk rutin penjagaan pergigian yang baik dalam  tahun-tahun awal kehidupan anak anda untuk mengelakkan masalah kesihatan oral.

Apakah cara terbaik untuk memberus gigi anak anda?

Bagi bayi anda,anda boleh mengelap gusinya secara perlahan dengan kain lembut atau kain kasa dan air walaupun sebelum gigi pertamanya tumbuh,lapkannya dengan kain basah yang kecil untuk mengeluarkan sisa makanan.Pada masa anak anda mempunyai gigi tambahan,anda boleh membantu memberus giginya dengan menggunakan berus gigi kanak-kanak yang lembut dan air.

Adalah tidak dinasihatkan untuk menggunakan ubat gigi kepada kanak-kanak bawah dua tahun kerana mereka tidak mampu meludahkannya selepas memberus gigi.

Ia adalah disyorkan untuk memberus gigi dua kali sehari (waktu pagi dan malam sebelum tidur)dengan memberus permukaan dalam dan luarr,permukaan mengunyah serta lidah secara perlahan.Selain itu,flos gigi harus dilakukan selepas memberus gigi untuk mengeluarkan sisa makanan dicelah gigi.Namun,dapatkan nasihat doctor tentang memflos gigi yang betul.

Bila anda harus membenarkan anak anda memberus giginya sendiri?

Umur yang paling sesuai bagi kanak-kanak mula belajar memberus giginya sendiri adalah sekitar dua atau tiga tahun.Biarkan anak anda memberus giginya sendiri apabila dia sudah bersedia.Ia adalah disyorkan bahawa anda memberus gigi bersama-sama dengannya supaya anak anda mengusai teknik memberus dengan memerhatikan anda.

Untuk memastikan anak anda belajar teknik yang betul,jadualkan pemeriksaan pergigian untuk pembelajaran professional tentang penjagaan oral.

Oleh: Dr Noraini Nun Nahar Bt Haji Yunus,Pakar Perunding Kanan & Ketua Perkhidmatan Pergigian Pediatrik,Kementerian Kesihatan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...