Skip to main content

Posts

Aidiladha Special -Jubah Tihany

Salam, Alhamdulillah siap pun jubah kids yang saya namakan Jubah Tihany.Sebelum dapat ilham nama Amanda El Billah,nama yang terfikir di kepala mama ni antaranya Tihany.Rasa macam bestnya kalau panggil anak "Hany".Tapi takpe you are still Honey mama. Semalam dah submit doa sempena Hari Wukuf di Arafah.Saya doakan semua doa kita dimakbulkan Allah.Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya "launch" design pertama dari Adda Wardrobe - Inspirasi Muslimah Cilik dari Kids Apparel by Adda El Billah. Untuk pembelian boleh terus isi di order form beserta "payment".Penghantaran dalam masa 48 jam selepas tarikh bayaran di terima. Jangan lupa boleh juga layari : fb : Adda El Billah fb page : Adda Wardrobe sms/call/whatsapp : 019-2121 540 Semua pembelian saya dahulukan dengan ucapan "terima kasih daun keladi,lain kali beli lagi" Code : Tihany Printed Top Orange (TTO-04) Size : 2/3/4/5 (fit 1 year to 6 years) Price : ...

Dari Kisah Seorang Marhaen-Mencari Jalan Survival-(1)

Salam, My story-Part 3 rasanya saya tangguhkan dulu.Mungkin ada sedikit intipati yang sama yang nak dikongsikan di sini.Saya suka tajuk mencari jalan survival.Ya,idea yang hebat hanya dari Allah.Allah yang menggerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu. Semalam cerita kenaikan harga RON95 sebanyak rm0.20.Jujurnya saya terkesan kerana kenaikan harga minyak ini.Sedangkan saya selama 10 bulan ini mencatu duit minyak sampai banyak kali terbabas kehabisan minyak di tengah jalan.Mungkin tindakan saya sedikit bodoh dan menyusahkan tapi siapalah tahu keperitan saya mengisi minyak.Kebiasaan saya akan isi RM20 untuk perjalanan dari rumah ke office.Dan bila signal minyak dah kuning barulah terhegeh-hegeh nak mengisi.Kalau tak sempat maka tersadailah di tepi jalan. Itu cerita saya,saya bersyukur kerana dikurniakan sedikit pengetahuan yang saya cari selama ini.Ya kadang kita ada Ijazah dan segala sijil tapi kita tak tahu macammana nak survive.Pernah tak dengar "dia ni kalau dicamp...

My Story -Part 2

1 Oktober 2014 12:36 am  Alhamdulillah, Syukur hari ini masih berada di bumi Allah untuk berbakti kepada keluarga,anak-anak dan masyarakat.Ada 3 benda penting hari ni. 1) Collection Telekung Wakaf dah cukup 2) Collection Adda Wardrobe untuk Kids Apparel dah ready. 3) Subsidi minyak dikurangkan jadi harga minyak pada waktu ini lebih rm0.20/liter Ok,kita cerita Business Tanpa Modal . 1) Deal Saya ada sikap di mana pantang kalau buat sesuatu 'deal' dan orang tu cakap ok.Ikutkan hati nak terus 'confirm' kan je deal tu secepat mungkin.Rasa tak boleh dah tunggu esok.Tapi mana boleh satu pihak sahaja.Bila melibatkan dua pihak cepat-cepatlah bertindak.Saya terus jumpa tukang jahit yang nak jahit telekung saya tu. 2) Idea Dikongsi Bersama Sama macam designer dan artis,bila artis ada designer bukan sahaja designer mengikut kehendak artis malah artis pun jadi pandai sangat pasal fesyen lebih dari designer.Situasi saya ialah saya ada idea dan ...

My Story-Part 1

Bismillahirrahmanirrahim,  1 Oktober 2014 : 4.27 pagi Saya rasa menjadi tanggungjawab untuk berkongsi pengalaman dan info kepada pembaca blog penuh kasih sayang ini.Sejujurnya bukanlah sesuatu yang bagus untuk berkongsi status diri tetapi mengharapkan ramai yang lebih buka mata dan minda selepas ini. Saya dah lama menjadi ibu tunggal kepada dua cahayamata yang sangat saya sayang.Siapa yang tak sayang anak?Mereka adalah kekuatan kita dan sebab untuk kita menjadi lebih baik.Mereka adalah 'reflection' kita.Anak kita,anak yang diasuh dari bayi lagi.Mereka cermin persekitaran mereka.Kalau anak-anak gembira,maka kita percaya mereka berada di dalam persekitaran yang menggembirakan. Saya ingin berkongsi sedikit cerita yang saya sendiri lalui sebagai seorang ibu tunggal yang tidak menerima nafkah dari bekas suami.Bagaimana menjalani hidup di bandar dengan kos sara hidup yang tinggi dan pendapatan yang biasa-biasa sahaja. Saya ingin bermula dengan cerita menambah pen...

Selamat Hari Lahir Firas Ar Razin

22 September 2014 : 3.55 pm. Assalamualaikum, Hai sayang mama Firas Ar Razin,selalu mama cakap Firas anak mama yang pertama,anak sulong mama.Saat paling bahagia dalam hidup mama bila dapat tahu Firas dah ada dalam perut mama.Malam tu mama pergi farmasi beli pregnancy test.Tak sabar rasanya nak tahu result.Finally its you in my womb.Keceriaan bertukar sedih bila mama terkena jangkitan kuman.Bermula dari mc,mama berhenti kerja dan mama muntah kuning,hijau selama 5 bulan.hilang segala nikmat makan.Yang ada hanya kepala yang berat dan pening dan rasa nak makan.Tapi asal makan je muntah.Dan mujurlah mama hanya mengidam 'pisang berangan'. Pengalaman mengandung yang lebih kurang serupa dengan ibu-ibu yang lain.Cukup 5 bulan,terasa Firas dalam perut.Rasa ada yang berdenyut kuat dalam perut.Macam letupan kecil.Haha mama rasa bahagia sangat.Dan itulah teman mama sepanjang 9 bulan.Mama gemuk,berat,kuat makan,muka sembab,bulat,panas (mandi nak dekat 10 kali setiap hari). ...

Sejadah Untuk Anak Kita

Salam, Bermula dari jual telekung untuk kanak-kanak saya juga mula jual sejadah.Tak lengkap kan rasanya bila ada telekung tapi takde sejadah.Sejadah yang cantik ni siap ada nama lagi bagi yang bertuah.Di bawah setiap gambar saya salin semula kod untuk memudahkan urusan pembelian. Cara pembelian :- 1) Isi 'Order Form' yang ada di bahagian bawah blog ni. 2) Terus buat payment. 3) Click 'SUBMIT' setelah isikan semua details dan pembayaran dibuat. 4) Penghantaran adalah 48 jam selepas terima 'Order' anda. Code : ASB 04 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung) RM10 (Sabah/Sarawak) Code : MPG 05 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung) RM10 (Sabah/Sarawak) (Limited design : HANA) Code : CB 03 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung) RM10 (Sabah/Sarawak) Code : PCG 02 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung) RM10 (Sabah/Sarawak) Code : FBB-01 Harga RM65 Postage : RM6 (Semenanjung...

CINTA HATI MAMA

Salam, Syahdu pula rasa malam tadi bila meluahkan impian pada orang yang mama sayang.Ya cubalah,cuba bagitau impian dan cita-cita kita pada orang yang paling rapat dengan kita.Mak,ayah,suami,anak-anak,sahabat,adik-beradik atau sesiapa sahaja. Bila kita berangan setakat di dalam kepala je,bila kita tulis kita nampak apa yang kita tulis tapi kalau kita ceritakan pada seseorang rasanya lebih terkesan di hati. Cinta hati mama semua yang ada bersama mama dari dulu hingga kini. Dua orang buah hati ni semestinya.Gambar ni pada orang lain mungkin anak yang main handbag mama dia tapi pada mama ialah 'my passion' dan juga 'my work'.Satu handbag pergi function dan satu lagi bag pergi appointment jumpa customer.Mama buat banyak kerja dalam satu masa. Just because of CINTA HATI MAMA.