Skip to main content

My Story -Part 2

1 Oktober 2014
12:36 am 

Alhamdulillah,

Syukur hari ini masih berada di bumi Allah untuk berbakti kepada keluarga,anak-anak dan masyarakat.Ada 3 benda penting hari ni.

1) Collection Telekung Wakaf dah cukup
2) Collection Adda Wardrobe untuk Kids Apparel dah ready.
3) Subsidi minyak dikurangkan jadi harga minyak pada waktu ini lebih rm0.20/liter

Ok,kita cerita Business Tanpa Modal.

1) Deal

Saya ada sikap di mana pantang kalau buat sesuatu 'deal' dan orang tu cakap ok.Ikutkan hati nak terus 'confirm' kan je deal tu secepat mungkin.Rasa tak boleh dah tunggu esok.Tapi mana boleh satu pihak sahaja.Bila melibatkan dua pihak cepat-cepatlah bertindak.Saya terus jumpa tukang jahit yang nak jahit telekung saya tu.

2) Idea Dikongsi Bersama

Sama macam designer dan artis,bila artis ada designer bukan sahaja designer mengikut kehendak artis malah artis pun jadi pandai sangat pasal fesyen lebih dari designer.Situasi saya ialah saya ada idea dan nak berniaga tapi tukang jahit ada kemahiran juga tahu kehendak pasaran.Jadi kami bertukar-tukar idea.Jujurnya saya yang takde basic dalam jahitan bergantung sepenuhnya pada tukang jahit.Ini Bahaya!

3) Produk Boleh Jual

Paling menakutkan bila rasa apa yang difikirkan betul.Takpe kita boleh test market.Macammana nak test market?Jujurnya saya takde modal.Tapi saya ada sikit duit yang boleh saya keluarkan untuk test market ni.Saya pun pergi ke Jakel,beli kain beberapa meter untuk tukang jahit test jahitkan mengikut perbincangan kami sebelum ni.Dan terhasillah telekung kanak-kanak dengan seluar palazo (kononnya mencipta kelainan)

4) Kecilkan segmen pasaran

Target Market saya ialah 2-6 tahun.Saya rasa pada permulaan perniagaan saya takkan mampu untuk menyediakan stok dari umur 2 hingga 12 tahun.Berbalik pada objektif utama saya iaitu untuk mendidik anak solat sedari kecil.Bukan nak suruh-suruh sangat anak kecil ni solat tapi nak memperkenalkan solat dengan cara memberi hadiah sepasang telekung pertama.

5) Tiada Modal

Ya,saya berniaga telekung tanpa modal.Saya bukan dropship agent atau wakil jualan kepada sesiapa.Berbekalkan telekung contoh saya ambil gambar dan post gambar telekung di wall fb saya.Bagaimana saya mula?Senang je.Saya ambil pre-order.

Tukang jahit saya  yakin dengan apa yg saya buat.Jadi beliau telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik pada saya.Bukan semua orang dapat apa yang saya dapat.Alhamdulillah.

Pre-order dalam tempoh seminggu untuk siap.Percaya atau tidak saya hidup dengan business telekung melalui pre-order.Hari ni customer bayar penuh RM40 termasuk pos terus saya pergi beli kain berbekalkan duit RM40 tadi.Saya hantar kepada tukang jahit dan selepas seminggu saya ambil dan pos pada customer.Pada masa saya ambil telekung saya bayar upah pada tukang jahit.Saya buat selama sebulan dan mula kira untung rugi.

6) Kira Untung Rugi (Profit & Loss)

Siapa yang tak tahu nak kira?Takpe kalau tak belajar akaun pun.Yang penting catat semua perbelanjaan dan kos-kos yang terlibat.Pendapatan - Perbelanjaan =Untung/Rugi.

7) Tuaian Bulan Pertama

Hasil keuntungan bulan pertama adalah RM1,000++.Berbaloi rasanya walau teramat penat.Tapi sebab kos sara hidup pun tinggi pendapatan lebihan bagi saya yang menyara keluarga seorang ini masih belum mencukupi.Saya perlu usaha lagi dengan fikirkan cara paling 'smart' untuk kurangkan penat sebab kadang-kadang pergi beli kain lepas waktu kerja dan semestinya ambil anak dari nursery lambat.Dan saya tak suka kalau 'communication' dan 'bonding' dengan anak berkurangan.Bagi saya tiada istilah mama terpaksa berkorban sekarang demi masa depan anak-anak.

Saya sentiasa bawa anak-anak bersama saya.Tak perlu tinggalkan mereka walau kadang-kadang tak dapat nak elak untuk meninggalkan mereka.Tak tahan rasa hati ni bila Firas dan Adda tinggal dengan Opah atau Mak Ngah.

So macam ni jelah..rasa-rasa boleh buat tak?

Saya pegang pada satu kepercayaan-jangan tutup kedai terus..berniaga sikit tapi biar berterusan.Sekarang dah dua tahun.Sebaya anak mama merangkap CEO Adda Global Venture untuk jenama Adda Wardrobe.

Last Part ialah My Story-Part 3.

Terima Kasih sebab sudi baca :)

Jaga anak-anak kita dan anak orang lain...

Salam sayang..

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...