Skip to main content

Selamat Hari Lahir Firas Ar Razin


22 September 2014 : 3.55 pm.

Assalamualaikum,

Hai sayang mama Firas Ar Razin,selalu mama cakap Firas anak mama yang pertama,anak sulong mama.Saat paling bahagia dalam hidup mama bila dapat tahu Firas dah ada dalam perut mama.Malam tu mama pergi farmasi beli pregnancy test.Tak sabar rasanya nak tahu result.Finally its you in my womb.Keceriaan bertukar sedih bila mama terkena jangkitan kuman.Bermula dari mc,mama berhenti kerja dan mama muntah kuning,hijau selama 5 bulan.hilang segala nikmat makan.Yang ada hanya kepala yang berat dan pening dan rasa nak makan.Tapi asal makan je muntah.Dan mujurlah mama hanya mengidam 'pisang berangan'.

Pengalaman mengandung yang lebih kurang serupa dengan ibu-ibu yang lain.Cukup 5 bulan,terasa Firas dalam perut.Rasa ada yang berdenyut kuat dalam perut.Macam letupan kecil.Haha mama rasa bahagia sangat.Dan itulah teman mama sepanjang 9 bulan.Mama gemuk,berat,kuat makan,muka sembab,bulat,panas (mandi nak dekat 10 kali setiap hari).

Esok umur Firas 4 tahun ; selamat hari jadi..mama sayang Firas dunia akhirat.

23 September 2014 : 9.08 am.

Pagi ni mama kejut abang ; 'Yash,bangun...school'..Firas terus menggeliat sambil tanya 'Mama hari ni birthday Yash ke?'..'A ah' Mama wish abang 'Happy Birthday abang..' Mama dengan adik nyanyi 'Happy Birthday To You' untuk abang.


(Gambar 22/09 : abang luka kat kepala sebab jatuh kat taska-asyik berlari je anak mama ni)

In Shaa Allah nanti kita celebrate birthday abang.Mama doakan Firas diberi kesihatan yang baik,ceria selalu.Semoga Yash jadi anak mama yang soleh.

Mama,Adda sayang Firas banyak-banyak ok.

Selamat Hari Lahir.


Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...