Skip to main content

Dari Kisah Seorang Marhaen-Mencari Jalan Survival-(1)

Salam,

My story-Part 3 rasanya saya tangguhkan dulu.Mungkin ada sedikit intipati yang sama yang nak dikongsikan di sini.Saya suka tajuk mencari jalan survival.Ya,idea yang hebat hanya dari Allah.Allah yang menggerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu.

Semalam cerita kenaikan harga RON95 sebanyak rm0.20.Jujurnya saya terkesan kerana kenaikan harga minyak ini.Sedangkan saya selama 10 bulan ini mencatu duit minyak sampai banyak kali terbabas kehabisan minyak di tengah jalan.Mungkin tindakan saya sedikit bodoh dan menyusahkan tapi siapalah tahu keperitan saya mengisi minyak.Kebiasaan saya akan isi RM20 untuk perjalanan dari rumah ke office.Dan bila signal minyak dah kuning barulah terhegeh-hegeh nak mengisi.Kalau tak sempat maka tersadailah di tepi jalan.

Itu cerita saya,saya bersyukur kerana dikurniakan sedikit pengetahuan yang saya cari selama ini.Ya kadang kita ada Ijazah dan segala sijil tapi kita tak tahu macammana nak survive.Pernah tak dengar "dia ni kalau dicampak ke laut pun hidup".Entah ayat siapa yang saya ingat sampai sekarang.Ayat ini menandakan orang itu know how to survive whatever keadaan yang dia ada.Saya kalau sesat di hutan ok lagi,tapi kalau di laut confirm tenggelam sebab tak tahu berenang.Ya,berenang ini ialah skill.Untuk survive perlu skill.Kalau tak ada kena cari.

Beberapa bulan yang lalu saya ke satu keraian Hari Widow's Day sedunia.Baru saya tahu ibu dan bapa tunggal diraikan.Ya kalau ada Mother's Day dan Father's Day ada juga sambutan Hari Widow's Day.Memetik kata-kata seorang panel yang menggelarkan dirinya ibu tauladan."Bagi perempuan yang tak minat berniaga,paksa diri untuk suka minat berniaga,kena minat juga".Beliau diduga dengan perkahwinan yang lambat menimang cahayamata dan akhirnya ditinggalkan suami.Masalah yang datang membuatkan beliau terpaksa berhenti kerja seketika.Dan masa itulah beliau terpaksa berniaga.Dan pesanan beliau juga kalau ada kerja jaga kerja di sesuatu tempat dan cuba bertahan lama di satu-satu tempat kerja.

Teringat saya generasi sekarang yang bertukar-tukar kerja.Nak kerja senang dan gaji yang banyak juga tak nak kerja yang stress.Pagi ke petang kerja,selebihnya untuk aktiviti bersosial,Baguslah ada tekanan hidup macam kenaikan minyak sekarang ni dengan harapan golongan yang baru nak naik ni sedar kemelut ekonomi yang effect kehidupan mereka untuk bersosial di malam hari.Situasi ini hanya untuk segelintir sahaja.

Bagi yang sudah ada keluarga,usaha menambah pendapatan dengan buat dua kerja setiap hari.Lelaki biasanya ada kelebihan kederat.Pagi ke petang kerja yang guna otak.Malam pula kerja yang guna tenaga.Saya dah dengar dua cerita lelaki dalam lingkungan umur 35 ke 45 tahun yang kena strok akibat dua kerja ini.Itu baru saya dengar dua cerita,muda-muda diserang strok.Siapalah yang tahu tekanan seorang bapa.

Saya bersyukur kerana sentiasa diberi ruang untuk belajar.Dua tahun lepas saya beli iphone.Itupun dengan duit loan.Bukan nak berbangga untuk bersama golongan yang ada iphone sebab sekarang sesiapa sahaja ada iphone tapi bukan pada saya.Sebelum ni hanya guna handphone biasa-biasa sahaja tapi asyik bertukar,Dalam setahun mungkin ada 3 kali beli handphone.Salah satu sebabnya,anak campak dalam airlah,terjatuh la dan sebagainya.Dan iphone ini adalah aset perniagaan saya sejak dua tahun lepas.Tak payah nak langgan internet dah.Guna je wifi dari iphone ni.Laptop 2nd hand yang beli di Alam Sentral Shah Alam dulu dengan harga RM600 masih elok sampai sekarang.Bolehla menulis di blog dan berbusiness online.Tapi ini bukan pengetahuan semua orang,bukan sesuatu yang basic.

Saya pernah bersama seorang ibu tunggal yang cuba nak mula business online.Beliau ada smartphone,ada melanggan line internet di rumah dan ada laptop.Tapi tak tahu menggunakan ketiga-tiga fasiliti itu.Macam biasa,anak-anak lebih bijak menggunakannya.Ada kemudahan tapi tiada kemahiran pun tak boleh juga.Tak boleh juga nak salahkan keadaan yang saya nampak macam ni.Nampak senang walaupun status ibu tunggal,dengan smartphone dan laptop juga line internet tapi semuanya untuk anak.Terpanggil dengan satu statement seseorang semalam yang mengutuk mereka yang merungut di facebook tentang kenaikan minyak rm0.20.Katanya bayar line internet boleh pulak,upload gambar pakai cantik-cantik,upload gambar makan sedap-sedap.Untuk tahu realiti kita kena selam kehidupan seseorang.Mungkin pakai cantik dan kemas kerana memang tuntutan kerja yang memerlukan penampilan menarik,makan sedap dan mewah mungkin sebab bos belanja atau sesekali nak makan di luar,dan semua orang "online" je sekarang dengan prepaid RM10 pun boleh.

Tak semua orang ada bakat dan tak semua orang senang dimotivasikan.Hari ini kita lihat jiran kita hidup biasa-biasa je.Anak 5 orang,suami pergi kerja naik motor,isteri surirumah jaga 5 orang anak.Pendapatan suami untuk perbelanjaan wajib seperti rumah sewa,kereta dan bil.Isteri pula sekadar menambah pendapatan untuk lepaskan belanja sekolah anak.Kalau harga barang naik sikit,tambah usaha sikit.Naik lagi tambah usaha lagi.

Kisah ini nampak biasa tapi ada kisah benar yang mana sebab mereka ini hidup biasa-biasa sahaja ialah kerana "blacklist" dan "bankcruptcy".Perjalanan hidup tak semua indah dan sama.

Kita perlu cari jalan survival.

Salam sayang.


Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...