Skip to main content

My Story-Part 1

Bismillahirrahmanirrahim, 

1 Oktober 2014 : 4.27 pagi

Saya rasa menjadi tanggungjawab untuk berkongsi pengalaman dan info kepada pembaca blog penuh kasih sayang ini.Sejujurnya bukanlah sesuatu yang bagus untuk berkongsi status diri tetapi mengharapkan ramai yang lebih buka mata dan minda selepas ini.

Saya dah lama menjadi ibu tunggal kepada dua cahayamata yang sangat saya sayang.Siapa yang tak sayang anak?Mereka adalah kekuatan kita dan sebab untuk kita menjadi lebih baik.Mereka adalah 'reflection' kita.Anak kita,anak yang diasuh dari bayi lagi.Mereka cermin persekitaran mereka.Kalau anak-anak gembira,maka kita percaya mereka berada di dalam persekitaran yang menggembirakan.

Saya ingin berkongsi sedikit cerita yang saya sendiri lalui sebagai seorang ibu tunggal yang tidak menerima nafkah dari bekas suami.Bagaimana menjalani hidup di bandar dengan kos sara hidup yang tinggi dan pendapatan yang biasa-biasa sahaja.

Saya ingin bermula dengan cerita menambah pendapatan :

1) Trend Business Online

Saya suka berangan-angan.Saya mula ada akaun facebook pada tahun 2008.Sekadar mengikut trend supaya dapat terus 'engaged' bersama kawan-kawan.Cara saya mengilhamkan perniagaan ialah dengan nama perniagaan.Penghujung tahun 2012 saya 'register' satu lagi akaun facbook di bawah nama "ArRazin OnlineSouq".Maklumlah mama peminat setia anak mama.OnlineSouq bermaksud kedai online.Saya tahu dari angan-angan dengan sekadar nama ini pasti akan membawa kepada sesuatu yang baik nanti.Percaya pada kebolehan diri.

2) Berniaga di Facebook

Satu ketika datang ilham untuk mula berniaga online di facebook.Pertama,saya beli produk melalui rakan di fb yang saya kenal ketika buka booth di Damansara.Masa tu dia menjual pakaian kanak-kanak,lebih kepada baju baby.Saya pula peminat kanak-kanak.Jualan booth barang kanak-kanak lebih laris dari yang lain.Betul juga kata kawan ni,kalau bab anak memang ibu-bapa senang nak keluar duit.Dibandingkan dengan saya yang menjual novel terpakai,walaupun jual dengan harga RM5 sebuah buku masih tak ramai yang nak keluarkan duit untuk sekadar membeli bahan bacaan.

Semasa berpantang anak kedua saya Amanda saya membuat pembelian dengan kawan tadi.Saya beli ipad untuk Firas.Sebenarnya saya belajar macammana 'communication' di facebook untuk pembelian.Selepas confirm dan transfer payment,keesokan harinya saya terima barang.Wow,cepatnya.Masa tu saya rasa seronok sangat sebab rasa mudah sangat untuk beli barang lagi-lagi dalam keadaan saya berpantang.Beli ipad mainan untuk Firas tu bertujuan supaya dia seronok dan tak bosan sepanjang bersama saya dalam pantang.Memang Firas seronok dapat ipad mainan :) Dan sebagai ibu tunggal bukanlah kemampuan saya untuk membeli permainan anak bernilai RM40 pada masa tu.Azam saya,ok sekali ni je dengan memikirkan memang saya jarang belikan anak mainan yang mahal.Cukup sekadar sekitar RM5 sahaja.Dan itupun beli dengan duit anak.

3) Idea

Semasa dalam pantang Amanda saya dapat cuti 3 bulan dari company.Syukur sangat.Dan cuti pada bulan ke-3 saya bekerja dengan bos lama selama sebulan.Saya berfikiran positif sebab saya tahu ibu-ibu yang lain kebanyakannya cuti 2 bulan sahaja dan dah kembali bekerja.Jadi apalah sangat pada saya untuk mula bekerja ketika itu walaupun ada cuti lagi sebulan.Di sini saya belajar pentingnya sesuatu kemahiran.Sekali kita tahu sesuatu kemahiran kita boleh gunakan di mana sahaja.Asalkan ikhlas,pasti ada yang akan menghulurkan bantuan di kemudian hari.

Apabila kembali bekerja selepas habis cuti,otak saya tak berhenti mencari idea.Ya,sedia maklum bila anak dah dua yuran taska bayar untuk dua orang.Baby pula dah semestinya kena bayar mahal.Idea datangnya dari Allah.Bila kita niat sesuatu yang baik pasti yang baik akan datang.

4) Survey dan Research

Kita tak boleh gelojoh buat sesuatu.Tenang dan rileks sahaja.Walaupun ada ketika saya juga lost control.Saya suka kanak-kanak jadi fikiran saya terarah kepada barang yang berkaitan dengan kanak-kanak.Mula-mula memang kita macam syok sendiri.Syok sendiri ni macam nak buat apa yang kita suka je sedangkan kita tak tahu lagi orang lain akan suka atau tidak.Jadi masa ni khidmat pak cik Googles sangat membantu.

5) Trend

Pada tahun 2012 ini satu trend di pasaran ialah "Telekung Lyca" dewasa yang harganya mencecah RM150 sepasang.Saya sendiri nak menangis memikirkan harga telekung yang mahal ni.Cuma sebagai wanita saya tak nafikan,betapa cantiknya telekung lycra ni lagi-lagi ada warna favorite saya-grey.

Dan idea pun datang.Why not saya buat satu telekung untuk kanak-kanak yang seakan-akan lycra sebab warna yang menarik akan menggalakkan kanak-kanak suka dan tertarik.Harga pula mestilah mampu milik.Mampu dibayar oleh seorang ibu yang bekerja atau tidak bekerja.Takkanlah ibu beli telekung lycra RM150 tapi tak mampu nak belikan anak telekung yang berharga RM35 sahaja,Saya percaya pada kata hati saya sendiri.

6) Berniaga Produk Orang Lain atau Produk Sendiri?

Satu kelebihan ialah apabila kita berjaya menjadi trend setter.Angan-angan saya memang besar.Kalau saya follow orang lain saya akan dicop meniru.Dan saya akan sekadar menjadi seorang marketeer.Kerja saya memang terlibat dengan marketing dan sales tapi apa salahnya saya nak jadi business owner dan trend setter.Angan-angan Minah Jenin..

Tapi saya tetap membuat survey,saya mencari pembekal dan pemborong melalui fb dan mudah.my.Malang bagi saya kerana tiada yang sudi membalas semua email saya untuk quoatation harga borong.Agaknya diaorang ni tahu yang saya takde duit kot.Hahaha.Terima kasih atas ketentuan Allah.

Frust ni saya simpan je dalam hati.Balik dari kerja,saya duduk bersembang dengan baby sitter anak-anak saya.Secara tiba-tiba terpacul dari mulut ni satu soalan "Ada tak tukang jahit yang nak jahit telekung budak?"
Baby sitter saya cakap "Nanti dia tanyakan sesiapa kalau ada"

Tak lama pun,keesokan harinya baby sitter saya bagitahu ada orang nak jahit.

Dan kisah telekung pun bermula.

Dalam kisah My Story Part-1 ini adalah kisah seorang ibu tunggal yang hanya bergerak mengikut gerak hati,mempunyai sedikit pengetahuan kerana mempunyai pendidikan dan pengalaman kerja dan pastinya yakin rezeki Allah.

Jumpa lagi di My Story-Part 2

Salam sayang.

Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...