Skip to main content

Jom ke Teluk Intan

Teluk Intan merupakan bandar bersejarah.Nama lama bagi Teluk Intan ialah Telok Anson dan terdahulu dikenali sebagai Teluk Mak Intan.

Di antara bangunan dan peninggalan bersejarah yang terdapat di Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan,Balai Polis dan Jambatan Sg Bidor dan Istana Raja Muda.

Perjalanan dari pekan Teluk Intan kami melalui Istana lama yang tidak diselenggara dan akhirnya bangunan tersebut mereput dan dijaga dalam kawasan berpagar.


(Gambar ini diambil dari tepi jalan utama)


(Kawasan istana yang terbiar menjadi bahan sejarah)


Kami meneruskan perjalanan menuju ke sungai.Di sini kami akan melalui sebuah sekolah rendah yang dikenali dengan Sek.Keb Sultan Idris II.Haaa inilah sekolah rendah saya.Setelah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan di sinilah pendidikan pertama saya.Guru kelas yang tak mungkin saya lupakan ialah Puan Faridatul Azna yang telah banyak menjaga saya dan mendidik saya sepanjang 6 tahun di sekolah.


(Anak-anak bergambar kenangan)


(Disebabkan kami datang semasa cuti,jadi pagar sekolah ditutup)



(Rezeki bawa anak-anak ke sekolah lama mama)










Selepas bergambar di hadapan sekolah,kami meneruskan perjalanan menuju ke jambatan Sg Bidor yang juga dikenali dengan nama Gertak Besi.Dahulunya jambatan ini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan termasuk keretapi,kereta dan lori,motosikal dan basikal.

Sekarang jambatan ini telah ditutup untuk perjalan keretapi kerana stesen keretapi Teluk Intan juga tidak lagi berfungsi.


(Inilah permulaan jambatan yang menghubungkan bandar Teluk Intan ke kampung-kampung di seberang sungai)


Cuaca agak panas dan kami berpatah balik ke Pekan untuk menikmati makan tengahari di Kedai M.Gulam Rasul yang terkenal di Teluk Intan.




(Inilah suasana di dalam kedai M.Gulam Rasul)
















(Anak-anak bermain dek kerana kawasan dalam yang lapang dan selesa jika bawa keluarga ke sini)








Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...