Assalamualaikum,
Pagi 1hb Mei lalu,Hari Pekerja kami memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi bermula dari stesen Komuter Klang.
Sempat juga kami ambil breakfast dengan anak-anak di Restoran Bismillah yang terletak berhadapan komuter Klang.
Gambar : Saya bersama anak-anak.
(Macam biasa,waktu pagi layan roti canai dan teh tarik.Untuk anak-anak semestinya Milo ais)
(Budak kecik comel yang khusyuk menikmati roti canai)
Kalau nak tahu kedai mamak ini terkenal dengan mi goreng mamaknya yang sedap,lebih sedap berbanding kedai mamak lain yang ada di sekitar Klang.
Sebelum memulakan perjalanan pastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat.Pada mulanya sedikit kesukaran untuk kami memandangkan 'alarm' kereta kehabisan bateri.
Namun halangan kecil ini dapat diatasi segera.Kami memilih untuk melalui jalan 'lama' ke Teluk Intan iaitu melalui Kapar dan terus ke Teluk Intan melalui pekan pekan kecil yang kami rentasi iaitu Kapar,Kuala Selangor,Sekinchan,Tanjung Karang,Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Setelah lebih 2 jam setengah perjalanan kami pun tiba di pinggir bandar Teluk Intan dan terus menghala ke destinasi pertama iaitu ke tapak projek Taman Lagenda Bandar Baru Teluk Intan.
Gambar : Tapak Projek -Fasa 1
Comments