Skip to main content

Kedai Warisan Turun Temurun Gulam Rasul Teluk Intan

Assalamualaikum,

Waaaahhh...ini bahagian paling menyeronokkan bila nak kongsi bab makan.Haaa...Teluk Intan sebenarnya terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk 'makan'.

Ya,ada laksa Perak..yang ini special sebab laksa Perak mesti ada 'otak udang'.Otak udang ini sebenarnya perasa tambahan.Hanya letakkan sesudu kecil sahaja sebagai pelengkap.Enak dimakan dengan ABC.

Di Teluk Intan juga ada kuih 'Putu Perak'.Yang ini orang Perak sahaja kebanyakannya yang tahu bagaimana menyediakan putu Perak.Kuih Putu Perak ini sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

Jika kita ke bandar Teluk Intan,antara juadah yang wajib dibawa pulang ialah apam balik,popiah basah dan mi rebus.

Port menarik untuk makan bersama keluarga pula antaranya ialah Restoran M.Gulam Rasul.


(Suasana di dalam restoran Gulam Rasul)


Haaa...apa yang menariknya di Gulam Rasul.Gulam Rasul adalah pengasas restoran ini sejak 1960an.Beliau telah mewariskan perniagaan ini kepada anak cucunya dan mengekalkan resepi dan rasa asli masakan mamak di sini.

Setelah penat di Sales Gallery Taman Lagenda Teluk Intan untuk task kami 'photoshoot' dan mengambil beberapa video di sana,kami menjamu selera di sini.


(Restoran yang luas sesuai untuk seisi keluarga)


Rasa ayam goreng di sini sebenarnya tidak berbeza langsung dengan 20 tahun lepas.Ya,resepi yang sama telah berjaya dikekalkan.Jika anda nak makan makanan mamak dengan pelbagai pilihan di sinilah tempatnya.Ada pelbagai jenis masakan kari dan kurma dari ayam,daging lenbu dan kambing.

Jika anda datang ke Teluk Intan pastikan singgah ke Restoran Gulam Rasul ini untuk makan tengahari.


Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...