Skip to main content

Alang-alang Menulis Biar Sampai Jadi Duit


Tarikh : 22/02/2017
Masa : 2:02 pm
Penulis : Mama Adda


"Alang-alang menulis biar sampai jadi duit"

Saya bersyukur kerana diberi pendedahan awal tentang tentang online business atau e-dagang pada tahun 2008.Pada waktu itu saya masih di dalam industri perbankan.Ex boss mula berkongsi dunia e-dagang.Di saat kawan-kawan terlibat dengan MLM di Kuala Lumpur saya pula mula mendaftar perniagaan di bawah nama perniagaan Estelle Couture dengan produk pertama "tudung bawal"

Stok tudung bawal saya dapatkan daripada seorang kenalan.Kenalan ini berniaga tudung secara offline iaitu dari rumah ke rumah.Beliau berasal dari Kelantan.Tudung bawal adalah satu-satunya tudung sepanjang zaman.Tudung bawal mempunyai gred kain tertentu.Saya percaya ramai wanita masih ada tudung bawal yang dimiliki lebih dari 10 tahun yang disimpan sehingga kini.Beliau meminjamkan stok tudung beliau kepada saya untuk dijual.Jadi saya mula perniagaan sebenarnya tanpa modal.Saya juga mulakan perniagaan dengan menjual dari rumah ke rumah.

Berbalik kepada ex boss yang berkongsi apa itu e-dagang.Secara keseluruhan beliau tidak pula mengajak saya terlibat sama dalam apa yang beliau lakukan pada masa itu.Cuma kata-kata yang saya masih ingat dan digunapakai sehingga sekarang ialah "business paling mudah ialah menjadi orang tengah" dan perkataan pertama yang saya baru kenal melalui beliau pada masa itu juga ialah "affiliate"

Saya melihat dari jauh beliau sekali sekala menulis.Beliau memberitahu saya beliau sedang menyiapkan e-book.Apa itu 'affiliate' dan 'ebook'.Saya memang tidak tahu dan tak nak ambil tahu.

Oh..pada masa itu tidak terlintas untuk memiliki sebuah laptop atau komputer di rumah bujang.Hanya ingat bekerja dan mengejar 'target'.Ya bidang sales yang sentiasa menyasarkan 'target' untuk dicapai.Hidup bujang dengan pendapatan yang banyak di Kuala Lumpur hanya memikirkan mahu 'shopping' dan 'makan' di mana bersama-sama dengan kawan-kawan.Melayan tekanan mahu mencapai target dalam sales setiap hari.Lama-lama lupa apa itu 'affiliate dan e-book'

Selepas berhenti kerja dan berpindah ke bank yang lain saya tidak lagi menghubungi beliau.Saya meneruskan hidup di alam rumahtangga.Kerana minat yang mendalam saya cuba mencari idea baru untuk memiliki produk sendiri.

Apa yang berlaku semasa dalam pantang anak pertama,saya tidak betah duduk.Lalu saya ambil shawl yang berbakul-bakul dalam simpanan.Saya gayakan pelbagai bentuk.Pada masa itu tiada istilah instant shawl atau apa sahaja jenis fesyen untuk shawl.Yang ada di pasaran hanyalah shawl yang panjang.

Saya lilit shawl seperti 'hoodie'.Dalam fikiran,jika shawl dipakai seperti tudung lebih mudah tanpa perlu guna kerongsang.Lalu saya jahit tangan sahaja mencantumkan bahagian hujung shawl.Dengan hanya satu lilit shawl siap dipakai bersama inner tudung.

Arus fesyen berlalu dengan sangat cepat.Apa yang saya fikirkan sebenarnya menjadi satu trend.Ya tudung 'hoodie'.Sehingga 'tudung hoodie' menjadi viral kerana bentuk tudung yang menyerupai apa yang dipakai oleh penganut agama lain.Daripada tudung 'hoodie' sehinggalah bentuk tudung ditambahbaik,dilabuhkan mengikut syariat dan menggunakan material yang baik.

Sekarang..nah..lambakan fesyen tudung di pasaran.Sehingga tidak terkejar lagi oleh peniaga peniaga.Siapa yang menjadi trendsetter dan siapa follower.Siapa yang copy paste dan siapa yang menjaga brand semuanya terus berlumba-lumba menjalankan perniagaan sebagai pengeluar,agen,stokis mahupun dropship.

Pengalaman ini membuka mata betapa cepat arus fesyen.Jika ada idea terus sahaja susuli dengan tindakan.Percaya pada diri sendiri.Jika tiada modal,bertindak sebagai orang tengah.Dan 'dunia tanpa sempadan' itu sudah lama bermula.Daripada Yahoo Messenger kepada Friendster..Twitter..dan Facebook..Instagram dan tidak boleh dinafikan...blogspot sangat membantu perniagaan.

Mulalah menulis.Berkongsi pengetahuan dan aktiviti perniagaan walaupun sekecil-kecil perniagaan.Daripada perkhidmatan dobi di rumah kepada perkhidmatan sewaan kontena sekalipun,semuanya hendaklah berada di alam maya.

Pengalaman yang sedikit ini saya kongsikan khusus buat surirumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah.Mulalah menulis.

Alang-alang menulis biar sampai jadi duit.








Comments

Popular posts from this blog

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA

Model penglibatan ibu bapa yang diambil adalah model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) yang mengetengahkan beberapa kategori dalam model tersebut. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein ini diguna pakai sebagai panduan untuk penyelidik merangka aktiviti yang bersesuaian untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Terdapat beberapa ciri dalam model penglibatan ibu bapa Joyce Epstein ini yang diterangkan secara ringkas seperti berikut :-  a) Kategori keibubapaan (parenting) Sekolah membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Faktor ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesediaan kanak-kanak untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Di samping itu, ia juga membantu guru untuk mengenal pasti latar belakang sesebuah keluarga dan budaya yang dipraktikkan dalam keluarga tersebut. b) Kategori komunikasi (communication) Sekolah berhubungan dengan ibu bapa mengenai program ...

Anak Aktif Vs Anak Pasif

               Selepas kelahiran seseorang bayi itu kita dapat melihat sikap anak itu secara semula jadi. Bayi juga manusia yang mempunyai perangai dan sikap mereka sendiri. Ada antara mereka yang sangat aktif lebih-lebih lagi apabila menjangkau usia beberapa bulan. Anak yang lebih aktif kelihatan agak lasak dan bertindak dengan cepat. Hal ini sangat berbeza dengan anak yang pasif kurang bergerak dan malas melakukan apa sahaja tindakan. Anak yang aktif adalah anak yang memiliki kelebihan energy dan memiliki aktivitas gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak-anak lain. Namun, jangan risau otak aank aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma mungkin sikapnya yang agak laksa membuatkan kita penat dan keletihan dalam melayan kerenah mereka.  Ada beberapa anak yang aktivitas ini geraknya kadang kala berlebihan, sukar diaturdan nakal. Anak yang aktif sebenarnya sangat wajar dan baik untuk perkembangan otak anak-anak tersebut. Mereka ...

Cucuk Baby 1 tahun di Klinik Kesihatan Kerajaan

Salam. Harini penulis nak kongsi pengalaman bagi ibu-ibu di luar sana yang ingin tahu proses untuk cucuk bayi 1 tahun di klinik kesihatan kerajaan. Klinik yang penulis pergi ialah di Klinik Kesihatan Botanik, Klang, Selangor. Sebenarnya anak kedua ini baru lah penulis berpeluang untuk merasa bagaimana 'check up' di klinik kerajaan.  Anak pertama dulu penulis baru sahaja mula bekerja dan cuti sangat terhad. Umum kita ketahui apabila ke klinik kerajaan memakan masa yang lama boleh jadi sehingga separuh hari. Jadi penulis lebih gemar ke klinik swasta cepat dan tarikh masa pun flexible seperti yang kita mahu.  Namun anak kedua ini berlainan pula. Kerana kewujudan kumpulan anti vaksin kerajaan telah menghadkan jumlah suntikan vaksin di klinik-klinik swasta. Penulis tiada pilihan terpaksa ke klinik kerajaan. Terpaksa juga bekorban cuti separuh hari untuk bawa anak ke klinik kerajaan. (Penulis sangat berkira dengan cuti kerana simpan untuk emergency apabila anak ...