Jumaat
12hb Ogos 2016.
Team Telekung Wakaf Sahabatku akan menganjurkan Kelas Jahitan Telekung Kanak-Kanak untuk Ibu Tunggal di Kolej Komuniti Klang pada 14hb Ogos ,hari Ahad khas untuk peserta dari latarbelakang ibu tunggal dan tidak berkemampuan.
Tujuan Kelas ini diadakan adalah :-
1) Untuk memberi dan mengasah bakat peserta dalam jahitan telekung kanak-kanak.
2) Perkongsian tentang bagaimana permintaan pelanggan dalam bidang telekung kanak-kanak dan dewasa.
3) Maklumat terkini industri telekung tanahair.
4) Memberi galakan untuk terus berdikari dan menjadikan bidang servis jahitan sebagai punca pendapatan.
5) Membina personaliti dan personal branding sebagai tukang jahit berkemahiran tinggi.
6) Memahami kepentingan rekod akaun dan pengurusan.
7) Untuk menambah nilai kemahiran sedia ada dalam bidang jahitan.
8) Memahami keperluan industri.
9) Menambah keyakinan diri.
10) Menambah 'networking' di antara tukang jahit dan usahawan bidang pakaian.
Program ini dijayakan dengan bantuan daripada Team Telekung Wakaf Sahabatku dan Shah Alam Little Helpers.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang menyumbang bagi Program ini.Semoga usaha ini menjadi pemangkin untuk ibu tunggal dan asnaf yang memerlukan bagi menjadikan tukang jahit sebagai profession dan perniagaan mereka.
Terima Kasih.
Comments