Muhammad Harraz Naufal Bin Muhammad Rozaimi
"Baby....baby kuat ya...mesti kuat ....mama mesti nak tengok baby membesar,sihat,main dengan kawan-kawan...baby kena kuat tau..."
Kalau Auntie jumpa adik mesti Auntie akan cakap macam tu.Adik Harraz mesti kuat,lawan sakit yang datang.Tapi adik Harraz terlalu kecil,baru berusia 49 hari,hari ni Jumaat 15-Julai-2016.
Harraz tahu tak,Auntie ada juga anak.Auntie rindu nak pegang baby macam Harraz.Masa anak Auntie kecil macam Harraz sekarang,comel macam Harraz,dah boleh meniarap,dah boleh senyum,dah kenal bau mama dia.
Mama Harraz mesti nak pangku Harraz sama macam Auntie dulu.Bila Harraz menangis,mama Harraz mesti nak peluk dan pujuk Harraz.
Tapi Allah beri ujian.Ujian untuk mama dan abah Harraz.Allah sayang pada hamba yang diujiNya.Allah nak mama dan abah jadi orang yang sabar.
Harraz,kami akan sentiasa doakan kesihatan Harraz.Kami akan cuba bantu Harraz.Semoga Harraz cepat sembuh .
Warga Malaysia; adik Harraz perlukan bantuan dan keprihatinan kita.Mari hulurkan tangan,ringankan beban adik Harraz sekeluarga.
Hubungi mama Harraz :
Facebook :
Adik Harraz :
Kami dari Shah Alam Little Helpers berbesar hati mengajak tuan puan untuk meringankan beban keluarga ini.Kos rawatan mencecah puluhan ribu ringgit.Adik Harraz kini di IJN.
Boleh terus hubungi keluarga ini atau wakil dari Shah Alam Little Helpers :-
1) Nona Abdullah - 019-225 9969
2) Roslinda Arifin - 019-2121 540
3) Izan - 019-645 7019
4) Hasnol-018-323 3484
Semoga pertolongan tuan puan diberkati.
Comments