Setiap orang mempunyai kisah silam yang mereka lalui
sendiri. Tiada manusia yang kehidupannya sempurna di muka bumi. Dan tiada satu
pun di kalangan kita yang ingin berpatah balik di zaman kegelapan yang kita
harungi.
Kita sering dengar pepatah mengatakan yang kita belajar
dari pengalaman. Betul. Kerana pengalaman membuat kita untuk tidak
melakukan kesalahan yang berulang.Dan pengalaman
lah yang membuatkan kita lebih matang.
Contohnya apabila anda bawa kereta, satu hari jalan
simpang ke rumah anda berlubang, berdetum bunyi kereta anda dek kerana lubang
tersebut. Keesokan hari bila anda mahu melalui lagi jalan itu sudah tentu anda
akan mengelak bukan? Kerana anda masih ingat bagaimana teruk nya bunyi kereta
anda apabila mencecah lubang. Ini yang dimaksudkan dengan pengalaman. Anda tidak lagi membuat kesalahan berulang.
Begitulah juga dalam kehidupan seharian. Kekadang orang
itu sedaya upaya cuba untuk berhijrah meninggalkan kisah silam. Tapi orang
sekeliling masih melihat dia dari seseorang yang penuh dengan latar kegelapan.
Mungkin mereka
lupa, bahawa manusia memerlukan masa. Manusia bukan lah sebuah komputer riba.
Yang boleh ‘delete’ sesuatu yang tak disuka dalam sekelip mata. Mereka
memerlukan masa dan dorongan. Bukan ejekan atau cacian. Namun adat orang kita.
Akan nampak yang buruk sahaja. Malah mereka sentiasa merasa mereka jauh lebih
baik dari kita.
Seringkali kita mendengar bukan, yang lebih tua lebih
banyak makan garam. Maksudnya mereka mempunyai lebih banyak pengalaman. Namun mereka lupa. Yang itu
tidak boleh dijadikan alasan. Yang mereka lebih banyak pahala dan lebih banyak
berbuat ibadah dan amal kebaikan. Mungkin mereka ‘tidak perasan’. Yang mereka mula
beribadah pun di kala umur pertengahan. Jadi kenapa perlu hina dan penuh dengan
sindiran? Kepada mereka yang masih muda belum bertudung belum melakukan ibadah
dan amal kebaikan?
Hidayah itu milik Allah wahai ibu sekalian. Kita tak
dapat bagi hidayah kepada sesiapa yang kita mahukan. Malah Rasul ï·º juga
tidak mampu beri hidayah kepada bapa saudara yang dia sayang. Jika DIA pilih
budak yang belum bertudung itu mendapat hidayah pada umur 20an, dan budak itu mula
beribadah di usia muda berbanding mereka yang mula pada umur pertengahan,
agak-agak pahala dia dia esok hari akan sama ke dengan ibu-ibu sekalian?
Ibu-ibu yang disayangi, mungkin
ibu bangga bercerita yang ibu pergi ke masjid sana sini untuk mendengar
ceramah dengan telinga sendiri. Namun ibu mungkin lupa kami di zaman IT, tak
perlu ke masjid pun kami masih boleh dengar LIVE ceramah di FB. Kerana kami
masih mempunyai tanggungunjawab menjaga anak kecil yang masih belum mengerti.
Untuk kami angkut bersama mendengar ceramah di sana sini.
Wahai
ibu-ibu yang dimuliakan. Kami tidak mampu bertadarus beramai-ramai seperti
ibu sekalian. Kerana kami masih bekerja untuk menampung perbelanjaan harian.
Bukan bermaksud kami tidak membaca Al-Quran. Malah kami masih mencuri-curi untuk
baca Al-Quran di dalam applikasi handphone yang kami pegang. Bezanya kami
memilih untuk tidak menghebahkan apa yang kami amalkan.
Begitu
juga dalam bab bersedekah wahai ibu yang ku sayang. Tidak kami mampu
menghantar pisang pada hari jumaat seperti yang ibu canang. Tapi kami
memilih untuk melakukan dalam diam. Zaman kini semua pun dihujung jari dan kami
tak perlu lagi ke masjid ataupun pasar tani. Untuk mencari fakir miskin dan
bersedekah dihadapan ibu sendiri. Di sana sini terpampang Nombor Akaun. Madrasah,
anak yatim, dan kanak-kanak yang memerlukan dana untuk pembedahan, kami lakukan
semua itu di atas talian ‘transfer online’.
Moga
dengan sedikit penjelasan ini mampu membuka mata ibu semua. Bahawa tidak
bermaksud kami orang muda kami tidak
melakukan ibadah seperti yang ibu canang kepada semua. Kerana kita hidup di
zaman yang berbeza. Cara kami tak akan sama. Namun tak bermakna kami tidak
berbuat apa-apa. Cuma khuatir pahala yang ada hanya akan tinggal sisa.
Sekiranya kami memilih untuk bercerita semua amal ibadah yang dilakukan tidak
sehebat yang ibu lakukan.
"Salam
Ramadhan Al Mubarak"
Untuk
pembelian di talian sila hubungi 011-2897 0502 / 019-2121 540 (Puan Linda)
Walk in
ke Butik kami dan Vendor Boutique seperti alamat tertera :-
Gerai No.
3, Berhadapan Masjid Kg Kuantan, 41300 Klang, Selangor.
Vendor
Boutique :-
1.)Prisma Anggun,
Lot
01-150-13 tingkat 1. Blkang super 99, PKNS Shah Alam, Selangor.
2.)Shaa
Love Boutique
Lot 12630
Jalan Bunga Matahari,45300 Sungai Besar,Selangor.

Comments